Judul : Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof'
link : Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof'
Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof'
MAHKAMAH Majistret Sepang, hari ini, memindahkan kes pembunuhan abang pemimpin tiri Korea Utara, Kim Jong-nam, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba, masing-masing pada 9 dan 9.03 pagi.
Mereka dibawa pihak polis dengan diiringi Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan dilihat memakai baju kalis peluru.
Tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, dilihat memakai baju-t biru dan jeans manakala tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dilihat memakai baju-t merah serta jeans.
Kedua-dua tertuduh kelihatan tenang.
Malah, Siti Aisyah sempat melambai dan tersenyum kepada wakil Kedutaan Indonesia yang hadir pada prosiding berkenaan.
Jong-nam yang juga abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 13 Februari lalu.
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Thi Huong yang terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.
Sebutan semula kes itu berlangsung pada 13 April lalu seterusnya disebut semula hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz5UhS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof'
Anda sekarang membaca artikel Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/hadir-ke-mahkamah-berbaju-bulletproof.html
0 Response to "Hadir ke mahkamah berbaju 'bulletproof'"
Catat Ulasan