Judul : HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ
link : HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ
HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ
Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak akan mengugut pelajar universiti yang tidak menyokong mereka, kata Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau mengulas laporan baru-baru yang mengatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membatalkan biasiswa pelajar tajaannya yang mengkritik kerajaan.
“Dalam kerajaan Pakatan Harapan, budaya ugut mengugut anak muda seperti ini sudah semestinya tidak akan berlaku.
“Jika kita lihat di Unisel di bawah kerajaan Selangor, pelajar yang mengkritik pentadbiran MB (Datuk Seri) Azmin Ali tidak diambil tindakan disiplin.
“Semua ini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan meraikan perbezaan pendapat dan tidak membisukan mulut mahasiswa kerana kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.
JPA dalam satu taklimat kelmarin dilapor memberi amaran kepada penerima biasiswa jabatan itu bahawa mereka mungkin kehilangan tajaan jika mengkritik kerajaan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dipetik sebagai berkata, kerajaan berhak membatalkan biasiswa kepada mana-mana penerima sekiranya berbuat demikian.
Menurut Syed Saddiq, beliau sendiri sebelum ini telah dihalang untuk memasuki universiti bagi menyampaikan syarahan dan bertemu pelajar.
“Suara anak muda sepatutnya dihargai bukan disekat. Saya lebih rela berdialog dengan mereka yang tidak sependapat, ideologi yang berlainan bagi meraikan idea-idea anak muda ini.
“Bagi saya ini adalah platform yang terbaik bagi memberanikan anak-anak muda ini melontarkan suara bukan sahaja bagi mengkritik kerajaan tetapi juga pembangkang,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau telah berjumpa ribuan pelajar di luar negara yang telah mengkritik kerajaan secara terbuka tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
“Sebelum ini, saya sudah pergi road tour di UK. Saya telah berjumpa dengan ratusan pelajar di London, Edinburgh, Manchester. Tidak ada masalah langsung, biaasiswa mereka pun tidak ditarik. Jika ditarik, you can challenge them in the court of law,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pq8iFg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ
Anda sekarang membaca artikel HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/harapan-tak-akan-ugut-pelajar-kritik.html
0 Response to "HARAPAN TAK AKAN UGUT PELAJAR KRITIK KERAJAAN, KATA SYED SADDIQ"
Catat Ulasan