Loading...

Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk

Loading...
Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk
link : Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk

Baca juga


Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk


Penulis: Nur Syakirah Jafril

Assalamualaikum!

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika kata-kata saya ini kasar dan tidak dapat diterima oleh sebilangan pihak tapi kejadian yang berlaku tadi benar-benar buat saya berasa sangat kecewa dengan sikap orang Melayu kita, terutamanya makcik0makcik yang sering pergi ke masjid.

Pada hari ini, saya membawa anak kecil yang berumur 1 tahun setengah ke masjid untuk sedikit kenduri dan bacaan yasin buat arwah tok saya di sebuah masjid di Pulau Pinang. Saya sengaja tidak memberitahu nama dan lokasi masjid kerana bukan salah masjid tapi masalah otak orang Melayu.

Sebenarnya, sebelum pergi ke masjid lagi sudah ada seseorang yang berikan amaran kepada saya, katanya ada orang-orang tertentu yang tidak suka budak-budak ada di masjid. Sebelum ini cucunya juga pernah diberikan amaran sehinggakan takut nak pergi ke masjid lagi.

Tapi saya ingat perkara biasa. Saya bukan tinggal di kawasan ini dan lagipun bukannya saya kerap datang ke sini. Saya sedar saya mempunyai anak kecil dan risau akan menganggu orang lain. Ya, saya sedar tentang ini.

Ketika di masjid berkenaan, bermula dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan yassin dan semuanya tiada apa-apa masalah. Walaupun anak saya agak bising dengan suaranya tetapi tidaklah dia berkaraoke sepanjang jemaah mendirikan solat. Biasalah, budak-budak apabila sampai di tempat baru mestilah excited dan anak saya itu tak kacau langsung dua saf yang ada mendirikan solat. DIa hanya bermain di belakang sahaja.

Saya membuat keputusan untuk solat isyak di rumah saja kerana anak saya kelihatan mengantuk. Ketika waktu solat isyak, saya bawa anak saya keluar dari kawasan solat wanita supaya dia tidak menganggu jemaah yang ada.

Seusai solat isyak, saya masuk ke dalam untuk mengambil beg saya. Kemudian ada seorang wanita separuh abad datang menghampiri saya. Beliau adalah seorang warga pendidik dan saya dapat jangkakan yang dia ingin datang untuk menegur saya. Dia datang menghampiri sambil berdiri di sebelah saya dan berkata,

Makcik : Cek ni mai masjid sembahyang ka tak?

Saya. : Saya nak solat isyak di rumah sebab kalau berjemaah ,anak takdak sapa yang jaga.

Makcik : Ha, kalau macam tu lain kali kalau nak solat bawak anak, solat di luaq, biaq anak main di luaq. Saya ni tak kusyuk nak sembahyang. Tadi masa sembahyang hajat tu dia (anak saya) ada di dalam..habih tak kusyuk.

Mak aii, menyirap darah ni. Bukannya anak saya melompat atau apa saja, dan tak lalu depan saf dia pun. Saya cuba untuk kawal anak saya dengan buka cerita kartun supaya anak saya tidak akcau orang lain sedang beribadat. Saya pun membalas pertanyaan beliau.

Saya : Oh, yaka makcik tak kusyuk. Minta maaf la. Saya mai hari ni nak baca yasin untuk tok saya ja. Saya bukan hari-hari nak mai. Kalau macam ni la, bukan kata bawak anak, saya pun tak mai dah. Orang yang mana ada anak pun tak boleh mai dah. Saya ingat masjid ni "mesra kanak-kanak".

Makcik : Nak bawak anak boleh tapi bagi anak main di luaq.

Anak saya baru berusia 1 tahun 5 bulan. Jadi, adakah saya seoanrg mak yang "berakal" biar anak main kat tangga masjid depan kubur? Makcik tu sambung ayat dia sambil nak sembahyang sunat.

Makcik : Kalau nak bawak keluar, sekarang ni boleh jugak na.

Masjid adalah rumah Allah, semua orang Islam berhak mengunjunginya. Ia adalah hak bersama dan semua orang inginkan pahala yang lebih. Kerana itu ada yang sanggup berpayah bawa anak ke masjid.

Atau mungkin itu cara mereka didik anak mereka. Saya bukanlah orang yang bertudung labuh, berpakaian muslimah, alim dan warak. Tapi saya cuma ingin memperbaiki diri saya dan menjadi contoh untuk anak saya.

Lihatlah secara positif dalam semua perkara. Ibu bapa yang bawa anak itu mungkin ada masalahnya. Jika kita dapat berlapang dada dan berniat baik datang ke masjid, insya Allah perasaan marah tidak akan datang dan gelagat kanak-kanak tidak akan mengganggu kita ketika bersolat. Saya kesal kerana masjid sepatutnya menjadi tempat menyambung silaturrahim, bukan memusnahkannya. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pQNvtb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk

Sekianlah artikel Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ibu-kecewa-bawa-anak-kecil-ke-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Kecewa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Dimarahi Dan Disuruh Keluar Kerana Jemaah Tidak Kusyuk"

Catat Ulasan

Loading...