Judul : IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan
link : IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan
IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan
IKEA merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai pengguna, dimana mereka terkenal dengan penawaran perabot mereka. Menariknya, IKEA juga turut melihat ke arah teknologi dan inovasi, dan mempunyai makmal kajian inovasi tersendiri dinamakan Space10.
Terkini, melalui Space10, ia dilihat mereka sedang mendapatkan maklumbalas dan mengkaji mengenai penerimaan pengguna berkenaan dengan arena kecerdasan buatan.
Melalui projek yang dinamakan sebagai Do You Speak Human, mereka mengumpulkan maklumbalas seperti apa yang ingin dilihat pengguna melalui arena kecerdasan buatan, dan apa yang perlu dielak. Pelbagai maklumat dikumpulkan, dan tidak diketahui sama ada IKEA akan mengintegrasikannya pada produk akhir atau tidak.
Buat masa ini, mereka melabelkan kajian ini sebagai “kajian suka-suka”, dan tidak memberikan sebarang petanda mengenai integrasi ia pada produk mereka. Walaubagaimanapun, IKEA sebelum ini adalah antara yang terawal mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa wayar pada perabot mereka, selain turut menawarkan lampu pintar dan hadir dengan katalog yang menarik berasaskan AR.
Layari : Do You Speak Human?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2prYQ4h
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan
Anda sekarang membaca artikel IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ikea-turut-mengkaji-arena-kecerdasan.html
0 Response to "IKEA Turut Mengkaji Arena Kecerdasan Buatan"
Catat Ulasan