Loading...
Judul : Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas
link : Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas
Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas
KUALA LUMPUR – Tindakan melampau apabila terdapat tokan dadah berani menampal poster iklan berkaitan penjualan syabu dan ganja secara terbuka di kawasan awam.
Iklan menawarkan dadah kepada orang ramai itu dikesan sengaja ditampal di dinding, papan tanda awam dan hentian bas di sekitar ibu kota sehingga menarik perhatian orang ramai.
Tindakan itu meresahkan orang ramai yang membaca iklan itu lengkap disertakan nombor telefon dan alamat individu perlu dihubungi jika berminat membeli dadah serta ganja.
Salah seorang pengadu, Mohd. Yunus Abdullah, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati iklan itu ditampal di hentian bas berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Miharja, di sini.
Menurutnya, poster itu menyatakan individu yang mahu membeli ganja atau syabu boleh menghubungi nombor telefon individu dikenali sebagai Wong. – myMetro Online
Demikianlah Artikel Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas
Sekianlah artikel Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/iklan-jualan-syabu-di-papan-tanda.html
0 Response to "Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas"
Catat Ulasan