Judul : Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif
link : Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif
Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif
Indeks keadaan pasaran buruh US (LMCI) naik 3.5 pada April berbanding pada bulan sebelum yang merekod kenaikan 3.6 dan ini adalah kajian semula bacaan yang begitu besar kerana asalnya data yang dikeluarkan naik hanya 0.4%.
Indeks ini telah merekod kenaikan 11 bulan berturut-turut dan juga terdapat dua bacaan tertinggi sejak tahun 2015 yang menunjukkan pengukuhan yang konsisten dalam pasaran buruh US.
Data non-farm payroll (NFP) yang dikeluarkan minggu lepas juga memberi impak yang signifikan kepada indeks LMCI di mana jumlah pekerjaan bertambah 211,000 dari 79,000 yang direkod sebelum itu.
Indeks ini juga dilonjakkan oleh pengurangan dalam kadar pengangguran kepada 4.4% dari 4.5%.
Data kali ini akan mengekalkan keyakinan kepada The Fed terhadap pasaran pekerjaan. Tumpuan bank pusat akan terus terarah kepada data pendapatan yang menjadi petunjuk kepada kenaikan inflasi. Dengan data positif ini, The Fed dijangka akan semakin yakin untuk menaikkan kadarnya pada mesyuarat Jun.
Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.
The post Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZjiKo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif
Anda sekarang membaca artikel Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/indeks-keadaan-pasaran-buruh-us-terus.html
0 Response to "Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Terus Positif"
Catat Ulasan