Loading...

Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s

Loading...
Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s
link : Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s

Baca juga


Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s


JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan remaja membawa seekor anjing ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Bukit Indah, di sini, disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar kumpulan remaja berkenaan yang dilihat berada di ruang lobi premis McDonald’s itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fairus Othman pada Ahad.

Menurut Fairus, dia yang pada ketika itu sedang memandu di lorong pandu lalu terkejut melihat tindakan kumpulan berkenaan lalu memberitahu hal tersebut kepada staf.

Reaksi netizen pula rata-rata menyalahkan pihak pengurusan McDonald’s kerana membiarkan sahaja kumpulan remaja berkenaan dan tidak kurang juga mengecam perbuatan remaja tersebut.



“Bebudak Cina kat Malaysia ni memang kurang ajar sikit bab-bab sensitiviti dengan bangsa lain. Diorang fikir bapak diorang punya jalan atau dalam kes ni diorang fikir Mcdonalds tu bapak diorang punya.

“Feel free to ‘ajar’ bebudak ni cara hormat dan respek masyarakat sekeliling sebab orang tua berbangsa Cina macam saya pun akan faham,” tulis How Hung Chong.

Sementara itu, maklum balas daripada McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media meluahkan kekesalan dengan tindakan pelanggan terbabit ekoran melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

“Tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Jelas kenyataan media itu lagi, McDonald’s Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis.

Difahamkan, pengurusan restoran makanan segera itu telah menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s

Sekianlah artikel Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ini-lagi-selamba-bawa-anjing-lepak_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s"

Catat Ulasan

Loading...