Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga - Hallo sahabat
MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel budaya,
Artikel ekonomi,
Artikel information,
Artikel jawatan kosong,
Artikel perniagaan,
Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluargalink :
Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Foto: suaraIslam
Masa bersama keluarga adalah salah satu ‘aktiviti’ yang paling penting, yang mana ibu bapa, adik-beradik berkumpul bersama untuk berkongsi apa yang dilakukan sepanjang hari.
Perkara sebegini dapat mengeratkan silaturahim, dan menjadikan masa tersebut lebih bernilai.
Mungkin ramai yang berpendapat, untuk berkumpul ramai-ramai dalam satu masa agak sukar, kerana ada sahaja perkara lain yang ingin dilakukan sekiranya diminta berkumpul satu keluarga. Sama ada buat kerja sekolah, tengok TV, mengemas dapur, atau pun baca surat khabar.
Tapi, sebenarnya kita mempunyai satu masa yang mana pasti boleh berkumpul sekali berkongsi cerita antara satu sama lain, kerana menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, meja makan adalah ruang penting yang harus ada, dalam menjadi tempat berkumpul, mengapa?
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
[1] Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
[2] Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
[3] Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan.
Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga
Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggn mangkuk juga sekali harung. Waktu makan juga jadi teratur.
[2] Ada masa bersosial yang tetap
Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan
Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa makanan harian yang kami makan. Hasilnya, anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Foto: majalahfahma
Selain itu,
[4] Anak belajar guna peralatan
Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Tahu meja makan tepat berkumpul
Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Bantu mengemas
Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryqoH7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Sekianlah artikel Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ini-pentingnya-mengapa-saat-makan.html
Related Posts :
'Age of Empires' is getting a 4K upgradeHey, Blizzard: you're not the only developer that can remaster a classic real-time strategy game. Microsoft has unveiled Age of Empires: Def… Read More...
Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni..
Gambar sekadar hiasan
Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika s… Read More...
Petani Perlis bakar harumanis kerana lambakan buah dan harga turun mendadak, kerugian cecah berjuta ringgit
PADANG BESAR – Para petani harumanis di Perlis mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgit pada tahun ini kerana berlaku lambakan buah da… Read More...
Belum tahu suami dan 3 anaknya sudah meninggal
Belum tahu suami dan 3 anaknya sudah meninggal|”Kakak masih belum tahu bahawa suami dan tiga anaknya terkorban kerana selepas kemalangan di… Read More...
Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni..
Gambar sekadar hiasan
Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika s… Read More...
0 Response to "Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga"
Catat Ulasan