Judul : Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi
link : Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi
Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi
Matawang Euro melonjak ke paras tertinggi enam bulan lalu berbanding US dolar sebentar tadi berikutan komen Chancellor Jerman Angela Merkel sekaligus menghumban US dolar ke paras terendah enam bulan lalu berbanding enam matawang utama yang lain.
Eur/Usd naik 0.22% kepada 1.1233 pukul 7.15 petang tadi yang merupakan paras tertinggi sejak 9 November 2016.
Penguatan Euro berlaku sebaik sahaja Merkel mengatakan matawang tunggal itu “terlalu lemah”.
Bercakap di Berlin, Merkel berkata Jerman merekod lebihan dagangan salah satunya disebabkan polisi pengembangan European Central Bank (ECB) yang menyebabkan nilai Euro jatuh.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut ke bawah paras 97.00 selepas komen Merkel.
Dalam sesi awal dagangan hari ini indeks US dolar memulih selepas risiko politik US yang beransur reda di mana Presiden Trump dalam rangka lawatan ke Timur Tengah.
Risiko politik yang bermain sejak minggu lalu disebabkan isu Trump bersama FBI semakin reda dengan Trump kini buat pertama kali dalam rangka lawatan luar negara.
Indeks US dolar mengakhiri minggu lalu dengan kemerosotan 2.12% dan telah rugi 100% dari keuntungan yang direkod sejak Pilihanraya US.
The post Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9iT5u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi
Anda sekarang membaca artikel Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ini-sebab-eurusd-naik-hampir-100-pip.html
0 Response to "Ini Sebab Eur/Usd Naik Hampir 100 Pip Sejak Pukul Lima Petang Tadi"
Catat Ulasan