Judul : Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan
link : Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan
Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan
Pelakon Shaheizy Sam merancang untuk mendaftarkan akaun Instagram anak sulungnya pada hari pertama kelahiran nanti.
Shaheizy berkata, dia mahu menjadikan laman sosial tersebut sebagai ruang untuk dia mengabadikan foto kenangan sepanjang anaknya membesar.
“Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar.
“Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.
“Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata,” ujarnya .
Shaheizy ditemui di acara pertunjukan fesyen Star Lebaran 2017 yang berlangsung di Quill City Mall di sini, pada malam Ahad.
Shaheizy dan Syatilla Melvin telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa Mei ini.
Dalam masa yang sama, Shaheizy tidak kisah jika zuriatnya itu turut menjadi perhatian masyarakat seperti anak-anak selebriti lain
“Sebagai public figure, saya tak boleh nak elak publisiti orang ramai terhadap kami sekeluarga, jadi saya tak kisah andai anak turut menerima tempias tersebut.
“Bila anak sudah besar nanti, dia boleh pilih jalan kehidupannya sendiri, andai kata dia suka dengan kamera serta mahu berada dalam bidang ini juga tak ada masalah dan saya tak paksa,” ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan dan debaran bergelar bapa, Shaheizy berkata, dia teruja untuk menimang cahaya mata lelaki awal Mei ini.
“Saya telah bersedia mental dan fizikal, malah sejujurnya tak sabar serta teruja menanti kelahiran pertama ini. Segala persiapan sudah dilakukan sejak awal lagi dan Syatilla akan berpantang di Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya akan berehat daripada penggambaran dan akan fokus dengan keluarga sehingga Syawal,” ujar pelakon filem Polis Evo 2 dan Pinjamkan Hatiku ini.
The post Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p1miC1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan
Anda sekarang membaca artikel Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/instagram-anak-shaheizy-sam-akan-dibuka.html
0 Response to "Instagram Anak Shaheizy Sam Akan Dibuka Hari Pertama Dilahirkan"
Catat Ulasan