Loading...
Judul : Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona
link : Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona
Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton Iriz yang dipertingkat dengan mengintegrasikan sebahagian teknologi Persona ke dalam model kompak berkenaan.
Iriz yang dipertingkat telah dipamerkan kepada pengunjung pada DRB-Hicom Autofest 2017 yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mei lalu. Baru-baru ini, penulis telah menghadiri taklimat ringkas dan pandu uji Proton Iriz dipertingkat di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam.
Iriz yang dipertingkat hadir dalam empat varian iaitu 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT serta masih mengekalkan enjin VVT.
Reka bentuk fizikal luaran Iriz masih dikekalkan dengan beberapa perubahan kecil pada bahagian hadapan. Varian 1.3 Standard menerima sentuhan gril hitam berkilat pada bahagian atas logo Proton manakala 1.3 Executive dilengkapi dengan lampu kabus.
Varian 1.3 Executive menawarkan butang penghidup enjin (push start button) dan kemasukan tanpa kunci (keyless) yang sebelum ini hanya terdapat pada varian 1.6 Premium sahaja.
Varian 1.6 Premium hadir dengan dua tona warna iaitu Carnelia Brown dan Ruby Red dengan warna bumbung, cermin sisi dan spoiler berwarna hitam. Saiz tayar mengecil sedikit kerana menggunakan 185/55R15 Goodyear Assurance berbanding 195/55R15 sebelum ini.
Ruang dalaman kesemua varian menerima corak fabrik tempat duduk baharu dengan padanan garisan merah dan biru. Tempat duduk varian 1.6 Premium terus mengekalkan nilai eksklusif dan elegan kerana menerima gabungan kemasan kulit serta fabrik dan dijahit menggunakan benang merah.
Selain itu, sistem audio varian 1.6 Premium dipertingkat dengan Smart Link membolehkan beberapa ciri baharu seperti mirroring, dubbed E-Link berbanding Iriz lama.
Perubahan terbesar Iriz adalah rekaan dalamannya yang menggunakan three mount design yang membantu mengurangkan tekanan, getaran dan kekerasan terhadap enjin. Langkah tersebut juga dapat mengurangkan jumlah bunyi daripada memasuki ruang kabin.
Ruangan kabin terasa lebih senyap ketika pemanduan kerana Proton menggunakan bahan penebat bunyi baharu yang mengurangkan bunyi kabin sehingga lima decibel (dB) berbanding Iriz yang lama.
Penggunaan perisian TCU baharu membolehkan Iriz mencapai pecutan maksimum lebih cepat berbanding model Iriz lama sekali gus membuktikan TCU baharu berkenaan lebih responsif. Pecutan juga terasa lancar tanpa sebarang masalah.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Musa ketika ditemui selepas sesi taklimat ringkas dan pandu uji memberitahu harga Iriz yang dipertingkat akan naik sedikit susulan beberapa penambahbaikan yang dilakukan dan bakal diumum pada 1 Jun ini.
Katanya lagi, stok lama Iriz masih lagi ada tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan pengeluarannya akan dihentikan berikutan pengenalan Iriz yang dipertingkat.- Utusan Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2RQvK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona
Sekianlah artikel Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/iriz-dipertingkat-dengan-teknologi.html
0 Response to "Iriz Dipertingkat Dengan Teknologi Persona"
Catat Ulasan