Loading...

Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin

Loading...
Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin
link : Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin

Baca juga


Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin

SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pihaknya belum memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai penamatan hubungan kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan tiga exco PAS dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan, Mohamed Azmin mengiringi Sultan Sharafuddin menziarahi Makam Diraja Shah Alam dan Makam Diraja Klang, pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan merujuk kepada pihak istana mengenai isu berkenaan, Mohamed Azmin menjawab: "Saya berjumpa Tuanku (Sultan Sharafuddin) setiap minggu, setiap Selasa," tanpa mengulas lanjut kepada pemberita selepas merasmikan Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah Exco PAS, Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR serta merta apabila parti itu dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Keputusan penamatan itu menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin, dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga PAS.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Rabu memutuskan tiga exco PAS kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 tanpa perlu meletak jawatan.

Mengikut Perkara 53 Fasal 7 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan seorang Exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor.

Selain Zaidy, dua lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q3qbHN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin

Sekianlah artikel Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/istana-selangor-belum-dimaklum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas - Azmin"

Catat Ulasan

Loading...