Loading...

Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

Loading...
Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot
link : Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

Baca juga


Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

Kes ‘menculik’ diri sendiri semakin menjadi-jadi di negara ini dan terkini, isteri seorang polis berpangkat konstabel menerima padah apabila direman selama empat hari bermula Rabu.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin membenarkan perintah reman terhadap wanita berusia 40-an itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak.

Baca artikel sebelum: Nak lari hutang, Anggota polis sanggup buat laporan palsu isteri diculik bangla sedangkan dia sempat main badminton

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat keterangan palsu.

Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan IPD Batu Gajah pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu diiringi dua anggota polis wanita.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah menafikan dakwaan awal tersebut dan menjelaskan bahawa suami suspek turut diperdaya oleh wanita itu.

“Pada hari kejadian, suspek telah menghantar gambar kepada suaminya yang menunjukkan dia diikat dan mendakwa sudah dilarikan orang selain menghantar pesanan suara untuk meminta tolong.

“Suaminya yang bimbang akan keadaan isterinya membuat laporan polis sehari kemudian di IPD Perak Tengah. Bagaimanapun polis berjaya menemui suspek pagi Selasa ketika dia sedang bekerja di sebuah Taska di Shah Alam,” katanya.

Isnin lalu mStar Online melaporkan, sepasang suami isteri tergamak membuat laporan palsu mendakwa diculik warga asing kerana dipercayai terdesak untuk melepaskan diri daripada hutang.

Kisah pasangan itu mula tular selepas seorang pemilik laman sosial Facebook, Hafiz Retro memuat naik beberapa paparan skrin Whatsapp dan Facebook Messenger mengenai kejadian culik tersebut.
Sumber: MStar



Sumber Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

from Trending Now http://ift.tt/2qTNUhq


Demikianlah Artikel Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

Sekianlah artikel Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/isteri-polis-culik-diri-sendiri-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot"

Catat Ulasan

Loading...