Loading...

Istimewa daripada Dayang

Loading...
Istimewa daripada Dayang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Istimewa daripada Dayang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istimewa daripada Dayang
link : Istimewa daripada Dayang

Baca juga


Istimewa daripada Dayang

Melihat peredaran industri muzik tanah air, tidak ramai artis yang berani hadir dengan album penuh. Kalau ada pun, kebanyakannya hanya sekadar menghasilkan album mini.

Daripada apa yang diamati, sesetengah artis hanya memberikan fokus kepada satu atau dua single untuk disajikan kepada peminat, lain pula ceritanya dengan Dayang Nurfaizah.

Selepas enam tahun tidak muncul dengan album, karya terbaru ini mendapat reaksi yang sangat positif daripada peminat.

Menampilkan 10 lagu rakaman studio dan tiga lagu istimewa versi secara langsung di Anugerah Juara Lagu (AJL), semua lagu dalam album ini mempunyai kualiti tersendiri.

Tiga lagu utama yang tidak asing lagi, Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung menjadi teraju utama di samping lagu baru lain dan masing-masing sudah berjaya sehingga ke AJL.

Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan dan hasil tulisan lirik puitis Ajai kedengarannya seperti mengembalikan memori peminat Dayang kepada lagu popularnya seperti Seandainya Masih Cinta.

Susunan muzik oleh Mac Chew dan Ajai sendiri juga pada masa sama, tidak lari daripada kehendak peminat muzik hari ini, yang mahu kembali ke zaman 90-an dan awal 2000-an.

Lagu Nanti juga mendayu dan menyayat hati. Melodinya dramatik, namun ringkas dan benar-benar membuai. Vokal Dayang juga dipertontonkan dan sangat bijak bermain dengan emosi setiap yang mendengar.

Syed Syahmirr dan Aepul Roza yang mencipta lagu Nanti menyuntik sesuatu yang baru, segar dan pada masa sama indah untuk disajikan kepada pendengar.

Satu lagi lagu segar adalah Dia hasil karya Ezra Kong, Omar K dan Hael Husaini. Masih bernadakan balada, namun turut disuntik dengan sedikit elemen R&B.

Dayang ketika melancarkan album ini serentak dengan acara persembahan mini di MaTiC, Kuala Lumpur berkata, dia sendiri tidak menjangkakan sambutan sehebat ini.

“Alhamdulillah saya tak menyangka album ini mendapat sambutan baik. Mungkin disebabkan sudah enam tahun tak muncul dengan album baru membuatkan peminat tak sabar menantikan album ini.

“Saya juga berharap album ini terus menjadi pilihan peminat. Saya yakin setiap lagu yang ada dalam album ini menepati cita rasa peminat seperti single sebelumnya,” katanya.

The post Istimewa daripada Dayang appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pCSsWk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Istimewa daripada Dayang

Sekianlah artikel Istimewa daripada Dayang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Istimewa daripada Dayang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/istimewa-daripada-dayang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Istimewa daripada Dayang"

Catat Ulasan

Loading...