Judul : Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’!
link : Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’!
Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’!
Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross dan rakan sejawatnya dari Mexico gagal untuk membuat sebarang kemajuan dalam perbincangan yang diadakan pada Isnin bagi menyelesaikan perbalahan perdagangan gula sebelum rundingan semula NAFTA diadakan hujung tahun ini.
Juan Cortina yang mengambil bahagian di dalam perbincangan tersebut memberitahu Reuters bahawa masih tiada kemajuan yang dapat dicapai didalam perbincangan yang diatur.
Industri gula Amerika Syarikat mendapat tekanan daripada Jabatan Perdagangan AS pada akhir tahun lalu untuk menarik diri daripada perjanjian yang dimaterai pada tahun 2014 yang menetapkan harga dan kuota kepada AS terhadap import gula Mexico melainkan sekiranya perjanjian tersebut dirunding kembali.
Menurut perjanjian semasa, Mexico mengeksport 53 peratus daripada jumlah eksport gula ke Amerika Syarikat. Guajardo juga memaklumkan kepada Ross bahawa kedua-dua negara perlu mengekalkan keseimbangan industri ini bagi kedua-dua pasaran.
Isu gula merupakan salah satu isu yang dipantau rapi oleh kedua-dua negara sebelum beralih kepada perbincangan yang lebih kompleks seperti NAFTA. Trump sebelum ini meninggalkan amaran untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut sekiranya tidak mendapatkan terma yang lebih baik buat rakyat Amerika.
Kementerian Ekonomi Mexico juga menyifatkan bahawa Ross dan Menteri Ekonomi Mexico, Ildefonso Guajardo bersetuju untuk meneruskan dialog seterusnya pada masa akan datang. Bagaimanapun, kedua-dua delegasi tersebut masih belum menetapkan tarikh pertemuan yang selanjutnya.
Kedua-dua negara sebelum ini menetapkan tarikh 5 Jun untuk menamatkan kebuntuan yang dihadapi. Mereka juga membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan rundingan semula NAFTA dengan pengesahan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer memandangkan Trump perlu mencetuskan tempoh rundingan selama 90 hari sebelum rundingan semula boleh bermula.
Di dalam rundingan semula tersebut, Mexico menegaskan bahawa segala aspek yang melibatkan hubungan dua hala akan dibincangkan termasuk isu perdagangan.
3 Perkara Yang Jarang Seorang Trader Ambil Kisah!
The post Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’! appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFag6t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’!
Anda sekarang membaca artikel Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/isu-gula-as-mexico-pertemuan-wakil.html
0 Response to "Isu Gula AS-Mexico : Pertemuan Wakil Kedua-Dua Negara Ini Hanya Menemui ‘Jalan Buntu’!"
Catat Ulasan