Judul : ‘Itu bukan kad kredit saya’
link : ‘Itu bukan kad kredit saya’
‘Itu bukan kad kredit saya’
Seorang ibu tunggal terkejut menerima panggilan daripada individu yang mengaku pegawai dari sebuah bank, kononnya dia mempunyai tunggakan hutang kad kredit mencecah RM8,000.
Lim Yoke Huang, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 petang minggu lalu, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Jeffry dari RHB Banking Group.
“Pegawai itu beritahu saya ada mendaftarkan nama untuk mendapatkan kad kredit pada 20 Februari lalu menggunakan alamat Taman Puchong Permai, Selangor.
“Pegawai itu kemudian meminta nama dan kad pengenalan untuk pengesahan saya. Selepas itu, dia beritahu kad kredit yang didaftarkan ke atas nama saya telah membuat transaksi di KLIA2 dengan jumlah penggunaan kad kredit mencecah RM8,000,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila pegawai terbabit meminta dia menjelaskan hutang kad kredit tersebut dalam masa tiga hari.
“Saya memang tidak mempunyai sebarang kad kredit atau mendaftar nama untuk mendapat kad kredit di mana-mana bank pun. Saya bekerja sebagai pembantu rumah dengan pendapatan hanya RM1,000 sebulan. Mustahil saya boleh berbelanja menggunakan kad kredit begitu banyak,” katanya di sini, semalam.
Yoke Huang berkata, dia tidak pasti sama ada pegawai berkenaan memang daripada bank terbabit atau individu itu menyamar untuk menipunya.
Menurutnya, jika benar namanya digunakan orang lain untuk mendapatkan kad kredit, dia bimbang akan masa depannya termasuk kemungkinan dicari bank terbabit serta disenarai hitamkan.
“Saya masih ada anak berusia 14 dan 15 tahun. Sudah tentu saya risau apa berlaku selepas ini,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.
Berikutan itu juga, Yoke Huang turut mengadu masalah dihadapinya kepada Ketua Wanita MCA bahagian Rasah, Yap Siok Moy di sini, semalam.
The post ‘Itu bukan kad kredit saya’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pWV30z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ‘Itu bukan kad kredit saya’
Anda sekarang membaca artikel ‘Itu bukan kad kredit saya’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/itu-bukan-kad-kredit-saya.html
0 Response to "‘Itu bukan kad kredit saya’"
Catat Ulasan