Judul : Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak
link : Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak
Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak
Jabra, pembuat peralatan audio terkemuka di dunia baru sahaja mengumumkan kehadiran produk terbaru mereka untuk pasaran Malaysia – headphone Jabra Evolve 75.
Jika anda seorang yang sering bekerja di kawasan terbuka seperti kedai kopi dan sebagainya, headphone Jabra Evolve 75 adalah untuk anda.
Ia hadir dengan teknologi Active Noise Cancelling yang membasmi bunyi bising di persekitaran anda apabila anda memasang headphone ini di kepala anda. Mikrofon peranti ini juga hadir dengan teknologi ini, jadi suara anda tidak akan dicemari oleh bunyi luaran.
Ia juga sebuah headphone tanpa wayar yang boleh disambungkan kepada dua peranti pada masa yang sama melalui sambungan Bluetooth. Jabra Evolve 75 ini juga boleh memainkan audio di kedua-dua peranti pada masa yang sama.
Untuk pengguna pejabat, ia juga menyokong pelbagai platform Unified Communications, termasuklah Skype For Business, Cisco dan lain-lain.
Jabra Evolve 75 ini mempunyai jarak sambungan tanpa wayar sejauh 30 meter jika menggunakan penghubung Bluetooth USB, dan 10 meter jika disambung terus ke peranti mudah alih. Ia juga boleh digunakan selama 15 jam dengan pengecasan penuh.
Untuk pengecasan, ia mempunyai sebuah label dan dok pengecas USB dan kantung penyimpanan untuk menyimpan headphone ini dengan mudah.
Headphone Jabra Evolve 75 ini sudah hadir di pasaran, dan boleh dibeli untuk harga RM1300.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q2vGpz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak
Anda sekarang membaca artikel Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jabra-hadir-dengan-headphone-jabra.html
0 Response to "Jabra Hadir Dengan Headphone Jabra Evolve 75 Untuk Pekerja Bergerak"
Catat Ulasan