Judul : Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang
link : Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang
Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang
Jambatan di sungai Sanvordem di kampung Curchorem di Goa Selatan itu runtuh pada Khamis petang.
"Kira-kira 50 orang dipercayai jatuh ke dalam sungai. Dua mayat mangsa ditemukan lewat malam dan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan," kata seorang pegawai kanan polis.
Menurut polis, sebahagian mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing sungai."Dikhuatiri terdapat mangsa terperangkap dalam runtuhan, jadi kita akan menjalankan operasi mencari di bawah runtuhan," katanya.
Menurut penduduk tempatan, jambatan usang berkenaan telah ditutup kepada lalu lintas sejak empat tahun lepas.
Radio All India (AIR) pada Jumaat berkata, beberapa mangsa yang hilang dikhuatiri terkorban.
Menurut saksi, jambatan itu dipenuhi orang ramai menyaksikan pegawai bomba dan penyelamat sedang menyelamatkan seorang pemuda yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZDitQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang
Anda sekarang membaca artikel Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jambatan-runtuh-di-india-2-maut-30.html
0 Response to "Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang"
Catat Ulasan