Loading...

Jarang dia salam dan peluk: Bapa

Loading...
Jarang dia salam dan peluk: Bapa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jarang dia salam dan peluk: Bapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jarang dia salam dan peluk: Bapa
link : Jarang dia salam dan peluk: Bapa

Baca juga


Jarang dia salam dan peluk: Bapa

Tiga rakan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhadapan  Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari pagi tadi dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah di sini, menurut bapa seorang daripada remaja itu.

Badrul Hisham Ismail, 52, berkata anaknya  Mohd Aiman Hakim, 19, anak kedua daripada enam beradik keluar pada kira-kira 7.30 pagi untuk pergi ke kolej berkenaan bagi mengambil keputusan Malaysian University English Test (MUET).

Beliau berkata, anaknya itu merupakan pelajar dalam jurusan Sains Fizikal memaklumkan niatnya untuk mengambil keputusan ujian berkenaan kepada ibunya Anisah Ali, 49, malam tadi.

“Dia (Mohd Aiman Hakim) kata nak pergi ke Matrikulasi Londang dengan kawannya… isteri bagitau malam tadi dia salam dan peluk… jarang dia buat macam tu. Dia juga bersalam dengan saya seperti biasa sebelum saya ke tempat kerja pagi tadi,” kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun itu ketika ditemui, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi tadi, Mohd Aiman Hakim,  Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19,  maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta dalam hujan lebat.

Badrul Hisham berkata, dia dan keluarga dimaklumkan tentang kemalangan menimpa anaknya itu oleh anggota polis yang datang ke rumah mereka di Bukit Baru kira-kira 12 tengah hari tadi, dan menurutnya walaupun sedih, mereka reda dengan pemergian anaknya itu.

Katanya anaknya itu yang bekerja sementara sebagai jurujual separuh masa di sebuah pusat beli-belah di bandaraya sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran, seorang anak yang baik dan sentiasa memaklumkan kepadanya jika hendak keluar.

Sementara itu, Marizon Wahab, 44, ibu kepada  Mohamad Shawal, berkata dia berasa tidak ‘sedap hati’ selepas cubaan menghubungi anaknya itu beberapa kali gagal kira-kira pukul 2 petang tadi, sebelum dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Aiman datang ambil dia di rumah  dan makcik pun ada pesan padanya supaya bawa kereta elok-elok sebab hujan.

“Dia (anak) kata nak keluar sekejap teman kawan ambil sijil,” kata ibu tunggal itu yang tinggal di Bukit Baru di sini.

The post Jarang dia salam dan peluk: Bapa appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkXgyz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Jarang dia salam dan peluk: Bapa

Sekianlah artikel Jarang dia salam dan peluk: Bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jarang dia salam dan peluk: Bapa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jarang-dia-salam-dan-peluk-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jarang dia salam dan peluk: Bapa"

Catat Ulasan

Loading...