Loading...
Judul : Jaringan keramat Christie
link : Jaringan keramat Christie
Jaringan keramat Christie
Kuantan: Pemain tengah Pahang, Christie Jayaselan berpuas hati selepas menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.
Biarpun Pahang hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri selepas menang 1-0 pada aksi pertama, ia cukup bermakna buat bekas pemain FELDA United itu.
Christie berkata, kepercayaan yang diberi jurulatih Dollah Salleh walaupun diturunkan sebagai pemain gantian sudah dibuktikan sekali gus melengkapkan kemenangan Pahang 3-1 ke atas lawan menerusi agregat.
Katanya, aksi meyakinkan skuad itu walaupun diberi tekanan oleh Negeri Sembilan tidak memadam misi Tok Gajah melangkah ke pentas final piala berprestij itu.
“Kejayaan ini (final) sememangnya dinantikan selepas bekerja keras untuk membawa Pahang mengulangi pencapaian 2014 walaupun berdepan Kedah yang diakui pasukan mantap.
“Jaringan ini sememangnya amat bermakna buat saya kerana ia musim pertama menyarung jersi skuad Tok Gajah sekali gus dapat membawa pasukan ke pentas final,” katanya semalam.
Pada perlawanan kelmarin, Christie memadam terus impian Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-90, untuk menamatkan saingan itu dengan agregat 3-1.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 12:22 PM
Demikianlah Artikel Jaringan keramat Christie
Sekianlah artikel Jaringan keramat Christie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jaringan keramat Christie dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jaringan-keramat-christie.html
0 Response to "Jaringan keramat Christie"
Catat Ulasan