Judul : Jepun hantar kapal perang
link : Jepun hantar kapal perang
Jepun hantar kapal perang
Jepun, semalam telah menghantar kapal perang terbesar milik mereka untuk pertama kali sejak Perang Dunia Kedua bagi melindungi kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson ke perairan Shikoku berhampiran Semenanjung Korea.
Penghantaran kapal pengangkut helikopter, Izumo dari pangkalan di Yokosuka di selatan ibu negara itu dibuat selepas menerima arahan daripada Menteri Pertahanan, Tomomi Inada.
Kapal perang sepanjang 249 meter itu boleh membawa sehingga sembilan helikopter, namun misi utamanya adalah peperangan antikapal selam.
Difahamkan, penghantaran Izumo dibuat susulan latihan ketenteraan bersama antara Jepun dan AS selain peningkatan ketegangan di rantau itu akibat provokasi berterusan Korea Utara.
Pada 2015, Jepun telah meluluskan set undang-undang kontroversi untuk memperluaskan peranan tentera dan membenarkan ia terlibat dengan konflik di luar negara.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe menerima kecaman hebat selepas meluluskan undang-undang baharu itu yang dikhuatiri akan mengheret negara itu ke dalam kancah peperangan.
The post Jepun hantar kapal perang appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCyev3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jepun hantar kapal perang
Anda sekarang membaca artikel Jepun hantar kapal perang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jepun-hantar-kapal-perang.html
0 Response to "Jepun hantar kapal perang"
Catat Ulasan