Loading...

“JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR

Loading...
“JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR
link : “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR

Baca juga


“JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR

KOTA BHARU – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) membatalkan pemindahan bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memandangkan persatuan itu masih ‘gagal’ memenuhi syarat-yarat ditetapkan badan tersebut.

Annuar berkata langkah itu harus diambil memandangkan FMLLP terus mengenakan pelbagai syarat yang dilihatnya sebagai cubaan untuk menggagalkan usaha KAFA membawa masuk seorang lagi pemain import baharu Kelantan, Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang kurang cergas ketika ini.

“Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan (Ghaddar) tak dibelanja untuk selesai ‘masalah’ tanpa mereka siasat terlebih dahulu. Hari ini lain pula ceritanya mereka kata kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula.

“Sekiranya (ada) sekatan yang belum KAFA lepas, sila batalkan perpindahan Ghaddar kerana undang-undang mesti jelas dan konsisten,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran Syedi berikutan badan itu hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan bagi menyertai pasukan itu.

Malah pemain itu tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan tersebut berkaitan pembayaran tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Annuar berkata FMLLP sebelum ini turut memberi alasan tindakan menyekat penyertaan Syedi ke dalam pasukan Kelantan turut membabitkan isu tunggakan gaji dan pendaftaran pemain hanya boleh dibenarkan jika ia tidak melibatkan kos tambahan.

Beliau turut mempersoalkan jika FMLLP boleh menggunakan ”budi bicara” terhadap persatuan tertentu, mengapa badan itu tidak boleh menggunakan pendekatan sama terhadap Kelantan.

Katanya FMLLP mesti didisiplinkan jika masih gagal memberi sebarang penjelasan yang kukuh berhubung kemelut yang berlaku membabitkan KAFA dan badan itu. – Bernama

sumber: kosmo



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBOoth

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR

Sekianlah artikel “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/jika-pemain-import-baharu-disekat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“JIKA PEMAIN IMPORT BAHARU DISEKAT, BATALKAN SAHAJA PERPINDAHAN GHADDAR” -ANNUAR"

Catat Ulasan

Loading...