Loading...

Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!

Loading...
Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!
link : Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!

Baca juga


Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!

Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!

Mungkin ada di kalangan ibu hamil yang risau takut tak dapat puasa penuh tahun ini. Sebenarnya ibu hamil boleh berpuasa seperti biasa kalau anda tidak mempunyai sebarang komplikasi kehamilan seperti kencing manis, hamil anak kembar dan penyakit darah tinggi. Untuk lebih semangat, baca tip ini...

1. Tolong gigihkan diri bangun sahur, jangan tinggal!

Kalau tak sahur, macam mana nak ada tenaga nak buat kerja siang hari nanti. Lagi baik, kalau anda melewatkan bersahur. Sekali pun tak larat nak bangun dari katil, minta suami bawakan makanan ke dalam bilik. Dapat minum susu dan beberapa biji kurma, itu dah cukup bagus!

2. Wajibkan makan kurma berbuka dan bersahur

Kurma adalah makanan sunnah yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Tak semesti di bulan puasa sahaja. Setiap hari ibu hamil digalakkan makan 7 biji buah kurma. Selepas makan kurma, baru makan makanan lain. Kurma dapat memberikan tenaga segera berbanding makanan lain.

Suami Sila Pastikan Isteri Makan Kurma

Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri sebab kesannya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas.

3. Minum banyak air, jus dan susu

Sila usahakan minum air putih sebanyak-banyaknya. Jangan lupa untuk minum segelas susu suam. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil.

Selain jus dan susu, anda mesti minum lebih daripada 2 liter air masak setiap hari. Mungkin anda rasa nak muntah minum air dengan banyak dalam satu masa. Jadi, jarakkan pengambilan air. Anda mungkin boleh cuba tip ini:

sewaktu berbuka: 1 gelas

sebelum pergi terawah: 1 gelas

semasa terawih: bawa botol air 1 liter. minum sedikit demi sedikit setiap kali selepas beri salam

sebelum tidur: 1 gelas

sebelum sahur: 1 gelas

selepas sahur: 1 gelas

4. Curi peluang untuk rehat kejap di siang hari

Semasa bekerja, gunakan waktu rehat tengahari untuk solat, membaca Al-Quran dan berehat. Eloklah, bukan boleh makan pun waktu tengah hari, kan? Kalau anda rasa terlalu letih, anda boleh tidur sebentar. Bila bangun, pasti anda rasa lebih segar.

5. Cuba elakkan berada di luar

Semasa cuaca panas, elakkan berada di luar jika tiada urusan penting. Cuaca panas akan menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan jadi haus. Ini tidak baik untuk anda dan bayi yang dikandung.

6. Kalau makan nasi, pastikan ada zat ini!

Ketika sahur, pilih makanan yang mengandung protein dan lemak dalam jumlah cukup. Kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama dalam sistem  pencernaan sehingga mampu mengurangkan rasa lapar di siang hari. Sebaiknya ibu hamil banyak ambil daging sebab ini adalah makanan yang mengandungi kalori dan protein sangat tinggi yang boleh disimpan tubuh dalam waktu cukup lama. Jangan lupa selit buah dan sedikit sayur, ya!

Hukum Wanita Hamil Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Sebenarnya Islam agama yang memudahkan umatnya. Kebanyakan ulama berpendapat, tidak perlu berpuasa sekiranya ianya boleh memudaratkan kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ada sesetengah ibu alami simptom kehamilan yang sangat teruk. Bayi dalam kandungan pula perlukan zat dan nutrien daripada ibu, kalau tak mungkin boleh berlaku komplikasi.

Dengan penilaian tahap kesihatan dan nasihat daripada doktor pakar, ibu boleh ukur kemampuan diri dan ambil lah pilihan yang lebih membawa kebaikan. Secara ringkasnya, hukum bagi wanita hamil berpuasa dibulan Ramadan ni boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

Hukum Pertama

Wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Bagi situasi ini, ulama sependapat mengatakan wanita ini hanya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa perlu membayar fidyah kerana sekiranya berpuasa itu boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan diri wanita tersebut.

Hukum Kedua

Wanita hamil yang sihat tetapi bimbang akan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan.

Bagi situasi ini pula, ulama sependapat mengatakan wanita ini wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan wajib membayar fidyah.

Memang ada ramai orang yang alami tahap kesihatan yang teruk masa mengandung. Jadi kalau dah tak larat sangat jangan dipaksa kemampuan diri.

Ok, ibu-ibu... moga niat anda untuk berpuasa penuh tahun ini tercapai! Paling utama, niat awal-awal dan doa minta Allah mudahkan urusan sepanjang bulan Ramadan nanti. Semoga bermanfaat!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rceRxk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!

Sekianlah artikel Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kalau-ikut-6-syarat-ini-confirm-niat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalau Ikut 6 Syarat Ini, Confirm Niat Ibu Hamil Nak Berpuasa Penuh Tahun Ini Akan Tercapai!"

Catat Ulasan

Loading...