Judul : Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
link : Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Ali Puteh merancang mendapatkan khidmat bomoh sebagai persiapan untuk mereka memenangi MLM pada tahun ini.
Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, mereka akan memperbanyakkan elemen kejutan ketika mengadakan persembahan dalam memberikan persaingan kepada empat lanun lawak yang lain.
“Kami akan memastikan persembahan pada minggu terakhir ini penuh dengan kejutan kepada semua penonton dan peminat Puteh.
“Ini merupakan peluang terakhir untuk kami keluarkan segala idea yang ada dalam memasikan penonton terhibur dengan lawak yang dipersembahkan.
“Tidak ada istilah mengalah bagi kami meskipun bersaing dengan nama yang besar dan kami akan berikan lebih lagi daripada sebelum ini supaya dapat memberi saingan kepada mereka.
“Kami juga akan menggunakan khidmat bomoh sebagai salah satu persiapan untuk memenangi gelaran juara pada tahun ini,” katanya secara berseloroh kepada Astro Gempak.
Gelanggang akhir MLM 2017 bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Jumaat (hari ini) dan lima #lanunlawak akan berentap di dua pusingan bertemakan Bebas dan Muzikal.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 menawarkan hadiah lumayan bagi juara pertandingan iaitu wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula bakal merangkul wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi dan RM150,000 beserta trofi menanti pemenang tempat ketiga. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Penonton boleh menyaksikan siaran langsung MLM 2017 atau mendapatkan informasi terkini menerusi portal hiburan rasmi, Astro Gempak (http://ift.tt/1pk97KA) atau laman web http://ift.tt/1yWKIiw.
Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum rancangan bermula.
Sinar fm juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi, manakala Raku bertindak sebagai Radio Digital.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Astro Gempak
Sumber Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qyINmw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh
Anda sekarang membaca artikel Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kami-akan-dapatkan-khidmat-bomoh-untuk.html
0 Response to "Kami akan dapatkan khidmat bomoh untuk menang MLM 2017 – Kumpulan Puteh"
Catat Ulasan