Loading...

Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak

Loading...
Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak
link : Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak

Baca juga


Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak

Menu berkhasiat antara syarat jualan di kantin sekolah seluruh negara, namun situasi berbeza dialami 1,700 murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SK Seri Pristana), Sungai Buloh dekat sini.

SK Seri Pristana

SK Seri Pristana

Hidangan di kantin sekolah itu pastinya terus melekat dalam memori, apabila sekumpulan pelajarnya telah mengalami keracunan makanan.

Dalam insiden terkini pada Rabu, kira-kira 10 murid telah dibawa ke klinik kerana mengalami muntah-muntah di sekolah selepas menjamah nasi goreng basi yang dijual di kantin sekolah itu.

Sumber memberitahu mStar Online, lebih ramai murid sesi pagi dan petang yang mengalami simptom sama termasuk cirit-birit juga telah mendapatkan rawatan.

“Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan pengusaha kantin berkenaan pernah diberi amaran, tetapi ia tetap berulang.

“Kami masih mengumpul maklumat berkaitan insiden terbaru ini untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, ada ibu bapa yang telah melaporkan kejadian ini kepada pihak kementerian dan ia diharap dapat membantu menangani isu ini, ” katanya yang kesal dengan kejadian yang berlaku pada minggu peperiksaan pertengahan tahun yang bermula Khamis.

Difahamkan, sebelum ini ada murid menemui telur cicak dalam bungkusan nasi lemak, selain telur goreng dan bubur yang basi dijual pengusaha kantin berkenaan.

Selain itu, ada ibu bapa yang mengadu harga jualan di situ juga mahal, misalnya air sirap dijual pada harga RM1, berbanding hanya 50 sen di sekolah lain yang juga terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.

Sumber itu berkata, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sedang memantau rapi operasi pengusaha kantin berkenaan.

“Pengusaha kantin itu memulakan operasi di SKSP awal tahun ini dan setakat ini ada murid  yang dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana keracunan makanan selepas jamah hidangan yang dijual,” katanya.

Selain itu, tambah sumber itu lagi, pengusaha kantin itu juga pernah menerima Anugerah Kantin Sekolah Bersih di peringkat negeri walaupun berdepan kes penyediaan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkualiti.
Sumber: MStar



Sumber Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvAN5A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak

Sekianlah artikel Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kantin-sk-seri-pristana-jamu-murid-nasi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kantin SK Seri Pristana jamu murid nasi goreng basi, sebelum ni telur cicak dalam nasi lemak"

Catat Ulasan

Loading...