Judul : Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin
link : Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin
Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin
Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin |Sudah jadi lumrah manusia sekarang, habis madu sepah dibuang. Begitulah nasib kartunis Ujang atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Anon yang merupakan antara kartunis berpengaruh suatu ketika dahulu. Beliau adalah antara orang bertanggungjawab dalam menerbitkan Majalah Ujang serta menghasilkan animasi “Usop Sontorian” yang menjadi perintis kepada animasi yang ada sekarang.
Dengar kata dahulu beliau dikhianati oleh rakan perniagaannya sendiri semasa menerbitkan Majalah Ujang sehinggakan semua watak kartun yang digunakan didalam Majalah Ujang tidak boleh digunakan lagi oleh beliau. Dan kali ini berita terbaru kami dapat yang beliau juga dikhianati oleh penerbit animasi terkenal negara iaitu Upin dan Ipin dalam penerbitan Majalan Upin dan Ipin
Menurut catatan yang dikongsikan di laman facebook Ujang sendiri. Beliau sebenarnya ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan Majalah Upin Dan Ipin pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut.
Sungguhpun Ujang meletakkan syarat iaitu gaji sebanyak RM15,000. Tapi pihak syarikat tersebut tidak mampu untuk menawarkan gaji tersebut kepada Ujang memandangkan syarikat mereka masih baru lagi. Apa yang mereka dapat tawarkan kepada beliau hanyalah RM2,000 sebulan. Ujang yang memahami keadaan syarikat ini, menerima keputusan tersebut. Disana beliau dilantik menjadi penasihat dan melakukan kerja-kerja awal bagi membolehkan syarikat ini menerbit majalah kartun mereka sendiri. Antara kerjanya seperti menyediakan konsep, cara memohon permit daripada KDN, memberikan cadangan nama-nama pengedar yang boleh digunakan, cara untuk mengendalikan pencetakan majalah, menyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Hampir kata, kesemua ilmu yang diperoleh semasa beliau menerbitkan Majalah Ujang dahulu, digunakan sepenuhnya untuk menerbitkan Majalah Upin dan Ipin ini.
Tapi langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya mendung. Syarikat yang sudahpun mampu berdiri dengan sendiri ini merasakan khidmat Ujang tidak diperlukan lagi. Akhirnya selama 6 tahun beliau bekerja, syarikat yang menerbit Majalah Upin dan Ipin ini memberhentikan Ujang 24 jam tanpa sebarang alasan yang munasabah. Disebabkan kesempitan yang beliau alami sekarang, beliau cuba merayu dengan syarikat ini untuk mempertimbangkan kembali pengambilannya semula dalam syarikat itu tetapi tidak diendahkannya. Mungkin mereka merasakan yang mereka boleh menjalankan syarikat tersebut tanpa khidmat nasihat dari Ujang. Berikut serba sedikit apa yang dicoretkan daripada Facebook beliau:
The post Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKY9lq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin
Anda sekarang membaca artikel Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kartunis-ujang-dikhianati-majalah-upin.html
0 Response to "Kartunis Ujang Dikhianati Majalah Upin & Ipin"
Catat Ulasan