Loading...
Judul : Kawalan perairan negara diperketat - TPM
link : Kawalan perairan negara diperketat - TPM
Kawalan perairan negara diperketat - TPM
ALOR GAJAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah siap siaga dan memperketatkan kawalan di perairan negara, khususnya Sabah susulan operasi tentera Filipina di wilayah selatan Mindanao.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pelbagai agensi dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din bagi langkah itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Filipina, terutama pasukan tentera dan polis mereka yang menterjemahkan pelaksanaan semua operasi melalui perjanjian tiga pihak antara Filipina, Indonesia dan Malaysia.
"Kita (kerajaan) mengesahkan dua rakyat Malaysia terbunuh. Saya sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi meneliti maklumat risikan sepenuhnya, sebelum kenyataan penuh dikeluarkan oleh Bukit Aman.
"Tentunya, apabila undang-undang tentera ini dikuatkuasakan, kita khuatir mereka yang disyaki atau berada dalam senarai dikehendaki akan terlepas dan cuba menyeludup masuk ke negara ini.
"Kita mahu gunakan segala aset yang ada untuk memperketatkan kawalan keselamatan, termasuk maklumat risikan (susulan kejadian yang berlaku)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Masjid Salmah Khamis, Empang Batu, Durian Daun, Masjid Tanah yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, di sini, hari ini.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2n7wp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kawalan perairan negara diperketat - TPM
Sekianlah artikel Kawalan perairan negara diperketat - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kawalan perairan negara diperketat - TPM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kawalan-perairan-negara-diperketat-tpm.html
0 Response to "Kawalan perairan negara diperketat - TPM"
Catat Ulasan