Loading...

KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid

Loading...
KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid
link : KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid

Baca juga


KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertekad untuk menggandakan usaha bagi memastikan indeks jenayah mencatatkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang meskipun berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 47 peratus dari 2010 hingga 2016.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prestasi baik itu terhasil daripada semangat kerja berpasukan dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasaan di bawah KDN.

“Kita rasa tersanjung kerana penurunan kadar jenayah telah mencapai ke tahap 47 peratus biarpun pelbagai cabaran yang kita hadapi, biarpun pelbagai persepsi yang kita terpaksa depani,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Program Transformasi Negara (NTP) di sini, malam ini.

Ketika membentangkan laporan itu, perdana menteri mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana pencapaian membanggakan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah sehingga hujung 2016.

Najib juga gembira apabila laporan Global Peace Index 2016 oleh Institute for Economics and Peace menyebut bahawa Malaysia termasuk dalam kalangan 30 negara yang paling aman di dunia.

Merujuk kepada laporan NTP itu, Ahmad Zahid berkata prestasi positif NTP membuktikan bahawa Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

Namun, jika sentimen dan emosi dalam kalangan pelabur asing dan domestik dapat digarap lebih baik, beliau berkata ekonomi negara pasti mampu mencapai prestasi yang lebih tinggi.

“Saya berazam untuk terus membantu perdana menteri dalam usaha memacu pembangunan negara,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib kerana melaksanakan tanggungjawab secara berkesan hingga menyaksikan Malaysia mencatat prestasi luar biasa pada tahun 2016 dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qeCyRD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid

Sekianlah artikel KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kdn-mahu-turunkan-lagi-kadar-jenayah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid"

Catat Ulasan

Loading...