Loading...

Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang

Loading...
Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang
link : Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang

Baca juga


Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang

Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir daripada pemain pasukan itu cuba dipancing oleh persatuan lain walaupun masih terikat dengan kontrak.

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir daripada pemain pasukan itu cuba dipancing oleh persatuan lain walaupun masih terikat dengan kontrak.
Annuar berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemain yang masih terikat dengan kontrak tidak boleh dihubungi oleh pasukan lain untuk ditawarkan kontrak baharu.
"Ramai pemain (Kelantan) cuba dilarikan, biarpun sepatutnya dalam kontrak pemain terbabit  tidak boleh dihubungi atau ditawar (kontrak) dari pintu belakang tetapi perkara ini sudah berlaku, ramai sudah dipancing.
"Saya berharap  pemain yang masih mempunyai baki kontrak bersama Kelantan akan terus memberikan khidmat cemerlang pada baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini," katanya menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Ketika ini, tercetus khabar angin yang mendakwa terdapat beberapa pemain Kelantan dikhabarkan bakal berpindah selepas dipancing oleh pasukan lain ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada pertengahan bulan ini.
Pemain tersebut ditawarkan dengan jumlah bayaran yang lebih tinggi malah ada persatuan dikhabarkan sanggup menebus baki kontrak tersebut.
Antara pemain yang dikatakan berpindah ialah pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar, Indra Putra Mahyuddin, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dan beberapa lagi tonggak utama pasukan itu.
Dalam pada itu, Annuar turut memberi bayangan masa depan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) akan berkubur memandangkan ia kini eksklusif kepada pasukan yang 'kaya' sahaja.
"TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi...di bawah peraturan sekarang pasukan miskin sudah tiada tempat lagi di Liga Super.
"Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit dan semua orang membiarkan kita terkapai-kapai...terus dikena pelbagai tekanan," katanya.
Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) mengumumkan dua pasukan Liga Super -Kelantan dan T-Team - antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta-merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.
Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvwkRd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang

Sekianlah artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kecewa-pemain-kelantan-dipancing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang"

Catat Ulasan

Loading...