Loading...

KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO

Loading...
KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO
link : KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO

Baca juga


KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO

ALOR SETAR – Umno sama sekali tidak bergantung kepada kelemahan dan masalah pihak lawan sebaliknya rakyat sendiri dapat menilai apa yang telah dilakukan Umno selama ini dalam membela nasib mereka.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tidak kira apa pun status parti lawan ketika ini, Umno akan tetap meneruskan baktinya terhadap rakyat.

“Biarlah mereka dengan cara mereka untuk menyelesaikan masalah mereka walaupun ada pihak yang mengatakan Umno akan semakin kuat jika parti lawan berpecah sesama mereka.

“Umno ada cara tersendiri dalam menabur khidmat bakti dan rakyat tahu apa yang telah kami lakukan selama ini dalam membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Dakwah dan Perpaduan Ummah Zon Utara di sini, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Yusri Mohamad dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid.

Ahmad Bashah berkata demikian mengulas tindakan Pas yang memutuskan hubungan politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 semalam.

Tindakan Pas itu menjadikan parti berteraskan Islam tersebut bakal bergerak sendiri dalam pilihan raya umum akan datang dan ada yang berpendapat Pas akan gagal menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka nanti.

Ahmad Bashah berkata Pas telah membuat keputusannya dan wajar semua pihak menghormati keputusan itu kerana dalam politik adalah sesuatu yang biasa berlaku.

“Apa pun kita mengalu-alukan jika keputusan Pas ini boleh menjadi yang terbaik bagi hubungan dengan Umno nanti tetapi bagaimanapun pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu Mahmood Zuhdi meminta umat Islam tidak menjauhkan diri dengan golongan yang dinamakan Islam liberal sebaliknya perlu bersama-sama mendekati mereka agar tidak terlalu jauh meminggirkan Islam.

Katanya mungkin mereka sedikit terbawa-bawa dengan pengaruh pihak tertentu namun ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan asalkan kena dengan cara mendekati golongan itu.

“Begitu juga golongan Islam yang dinamakan ekstremisme kerana yang betul bagaimana golongan ini diberikan hidayah dan petunjuk untuk kembali kepada landasan Islam sebenar,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCgqjZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO

Sekianlah artikel KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kelemahan-lawan-bukan-kekuatan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KELEMAHAN LAWAN BUKAN KEKUATAN UMNO"

Catat Ulasan

Loading...