Loading...

Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal

Loading...
Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal
link : Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal

Baca juga


Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal


KUALA LUMPUR: Kemasukan pelaburan asing bernilai RM366 bilion dalam tempoh tujuh bulan lepas membuktikan tohmahan pembangkang kononnya Malaysia sebuah negara gagal adalah tidak benar, kata anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata, kejayaan itu satu indikator cemerlang kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang sentiasa bersikap provokatif menagih emosi rakyat dengan tidak bersandarkan kepada fakta.

"Pelaburan berjumlah RM366 bilion dalam tempoh tujuh bulan lalu menjelaskan kepada rakyat bahawa kesungguhan dan komitmen kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuahkan hasil untuk kepentingan bersama.

Jumlah RM366 bilion adalah satu angka yang besar, dan ia merupakan jumlah pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri sepanjang tempoh tujuh bulan ini, dari November 2016 hingga Mei 2017," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Irmohizam berkata, pembangkang seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab dengan menjaga nama baik negara serta membantu meningkatkan lagi pencapaian ekonomi, bukan dengan menuding jari mencari salah semata-mata.

Dalam lawatannya ke China selama lima hari baru-baru ini, Najib telah menyaksikan majlis menandatangani sembilan perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan niaga dari China yang melibatkan pelaburan dalam bidang infrastruktur bernilai kira-kira RM30 bilion.

Selain menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Ekonomi pada 14 dan 15 Mei, Najib turut membuat lawatan ringkas ke ibu pejabat Alibaba Group, syarikat e-dagang terbesar China yang diasaskan oleh Jack Ma di Hangzhou, dan mengadakan mesyuarat dua hala secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1SQwj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal

Sekianlah artikel Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kemasukan-pelaburan-asing-rm366-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemasukan Pelaburan Asing RM366 Bilion Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal"

Catat Ulasan

Loading...