Judul : Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over
link : Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over
Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over
Beliau mempersoalkan tindakan David yang dilihat bercakap kasar dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berlangsungnya sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
"Kita orang Melayu. Kita ada budi pekerti. Kita bercakap dengan 'kepala' negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tuan rumah mengajak kita mencurah luahan kita kepada beliau.
"Mengapa kita harus bercakap kasar dengan beliau (Datuk Seri Najib) sebagai tuan rumah?" kata Mat Over ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Mat Over, dia mengambil keputusan untuk berdamai dengan David atas dasar profesional.Beliau turut memohon maaf kepada Datuk Seri Najib sejurus selepas insiden itu.
"Saya minta maaf dengan Datuk Seri Najib. Saya beritahu dia yang saya tidak suka individu yang gagal menunjukkan rasa hormat terhadap perdana menteri.
Pada Rabu malam, berlaku kekecohan pada program TN50 apabila David Teo ditampar Mat Over dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Datuk Seri Najib.
Kejadian berlaku ketika David cuba bertanyakan soalan pada sesi program dialog tersebut.
David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.
Sengketa mereka tidak berpanjangan apabila David dan Mat Over dilihat bersalaman dan berdamai seketika kemudian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qS9bZa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over
Anda sekarang membaca artikel Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kenapa-perlu-cakap-kasar-dengan-pm.html
0 Response to "Kenapa perlu cakap kasar dengan PM Najib? - Mat Over"
Catat Ulasan