Loading...

Kerenah graduan 'lemau'

Loading...
Kerenah graduan 'lemau' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerenah graduan 'lemau', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerenah graduan 'lemau'
link : Kerenah graduan 'lemau'

Baca juga


Kerenah graduan 'lemau'

Bangi: Kaji selidik dilakukan agensi pekerjaan JobStreet.com pada suku pertama tahun ini mendapati majikan di Malaysia masih berdepan pelbagai masalah dalam menggaji graduan baru.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebanyak 75 peratus majikan mengatakan kualiti graduan baru hanya pada tahap sederhana dan majikan mempunyai halangan besar dalam mencari calon sesuai untuk jawatan tertentu.

“Dapatan itu turut disokong kajian sama oleh Bank Negara yang mendapati 77 peratus syarikat merasakan graduan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.

“Cabaran utama yang dihadapi majikan ialah graduan baru meminta gaji dan faedah tidak munasabah, kurang mahir berbahasa Inggeris, lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada perwatakan diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Kebolehpasaran Graduan dan Transformasi Industri 2017 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama JobStreet.com di universiti terbabit, semalam.

Forum yang menghimpunkan 100 majikan itu turut dihadiri 300 peserta dari 25 institusi pengajian tinggi negara.

Menurut Mary, pihaknya turut berdepan masalah khususnya berkenaan kemampuan graduan untuk diterima bekerja.

“Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berpengetahuan, kemampuan bersaing di peringkat global dan cekap.

“Menerusi forum atau transformasi seperti ini, kami yakin dapat membentuk graduan yang mempunyai akhlak dan ilmu yang seimbang untuk persediaan ke alam pekerjaan dengan keadaan ekonomi dan persaingan di abad ini.

“Untuk menempuh alam pekerjaan, individu itu perlulah bersedia daripada aspek keyakinan, komunikasi, pengetahuan am dan banyak lagi supaya majikan yakin untuk menerima mereka sebagai seseorang yang bakal membawa kepada kejayaan organisasi,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p9Xx7v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Kerenah graduan 'lemau'

Sekianlah artikel Kerenah graduan 'lemau' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerenah graduan 'lemau' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kerenah-graduan-lemau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerenah graduan 'lemau'"

Catat Ulasan

Loading...