Loading...
Judul : Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan
link : Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan
Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan
ALOR SETAR: Satu arahan telah dikeluarkan supaya menghentikan segera kerja-kerja projek pembangunan bercampur bernilai RM1.2 bilion di Kuala Kedah yang digelar sebagai 'Dubai Malaysia'.
Arahan terhadap projek Aman Laut itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar menerusi satu notis pada 15 Mac lalu.
Projek berkenaan meliputi banglo mewah, kondominium moden, gedung membeli-belah dan premis makanan mewah yang bakal mengubah pemandangan kaki langit di tepi pinggir laut.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr Ahmad Kamarulnajib Che Ibrahim pada Ahad mengesahkan jabatannya mengeluarkan arahan tersebut.
Beliau berkata, projek berkenaan masih belum mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar tetapi para pekerka telah memulakan kerja-kerja penambakan di tapak projek.
"Ini adalah selaras dengan Seksyen 34AA (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 bahawa tiada kerja-kerja boleh dijalankan sebelum mendapat kelulusan jabatan.
"Kerja-kerja hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan," tambahnya.
Satu kajian yang dibuat Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendapati satu kawasan yang terletak kira-kira 1 kilometer telah ditambak dan hampir 10 hektar paya bakau di sepanjang pantai terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Kedah, Datuk Dr Leong Yong berkata, keputusan yang dibuat jabatan persekutuan adalah sementara sehingga diberitahu kelak.
Arahan itu dikeluarkan bagi melindungi kawasan pantai dan persekitaran laut di kawasan itu.
"Ia juga untuk pemaju mematuhi pra-syarat laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum meneruskan projek berkenaan.
"Kerajaan Kedah sama-sama mengambil berat tentang EIA dan tidak mempunyai bantahan terhadap tindakan kementerian sementara menunggu laporan penuh EIA," kata Dr Leong.
"Bagaimanapun, terdapat beberapa kerja yang masih dijalankan di tapak di tanah besar yang telah pun diluluskan pihak berkuasa tempatan.
"Ini tidak boleh disalah anggap sebagai melanggar arahan menghentikan kerja-kerja jabatan atau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar," katanya. - mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s50Bnj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan
Sekianlah artikel Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kerja-projek-dubai-malaysia-dihentikan.html
0 Response to "Kerja Projek 'Dubai Malaysia' Dihentikan"
Catat Ulasan