Loading...
Judul : Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali
link : Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali
Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali
PALERMO, Itali: Sekumpulan pembunuh menembak mati seorang ketua Mafia di Sicily, hari ini tatkala anggota kumpulan jenayah, Cosa Nostra, menunjukkan kekuatannya pada malam ulang tahun ke-25 satu pembunuhan paling kejam yang pernah dilakukannya.
Menurut saksi, Giuseppe Dainotti, 67, ditembak pada kepala ketika berbasikal di sebuah jalan di Palermo, hampir 25 tahun sejak majistret anti-Mafia, Giovanni Falcone maut dalam letupan di sebuah lebuh raya di pulau Itali itu.
Foto di lokasi kejadian mencetus imbasan keganasan puluhan tahun di ibu kota Sicily itu, menunjukkan mayat Dainotti ditutupi kain yang hanya menunjukkan kasutnya dan basikal putih tunggangannya terbiar di tempat dia rebah.
Pendakwa raya Palermo, Francesco Lo Voi berkata, pembunuhan itu adalah amaran kepada pihak berkuasa bahawa meskipun Cosa Nostra kelihatan menyepi, ia sebenarnya belum berkubur.
"Apabila ada orang mengatakan Mafia sudah tiada lagi atau terhapus, akan berlaku sesuatu yang mengesahkan ia masih di sini," katanya. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qehgTr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali
Sekianlah artikel Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ketua-mafia-ditembak-mati-di-itali.html
0 Response to "Ketua Mafia Ditembak mati Di Itali"
Catat Ulasan