Loading...

Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan

Loading...
Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan
link : Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan

Baca juga


Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan



Sabtu, 27 Mei 2017 @ 11:08 PM
 Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan. - Foto fail NSTP/Goh Thean Howe
KUALA LUMPUR: Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan mengakui betapa keringat pemain muda begitu diperlukan dalam skuad Harimau Malaya bagi membentuk pasukan kebangsaan yang lebih mantap.

      Ketua jurulatih FELDA United FC itu berkata, skuad negara memerlukan tenaga pemain muda yang berbakat dan berkemahiran tinggi yang mana jika diadun dengan pemain senior, ia akan menjadi satu kombinasi mantap buat pasukan itu kembali 'menunjukkan taring' di pentas antarabangsa.

       "Jika dilihat pada pasukan negara-negara yang berjaya, kita dapat saksikan kombinasi pemain muda dan pemain senior membarisi pasukan itu. "Namun, Harimau Malaya gagal mengikut acuan itu kerana kita kekurangan pemain muda berbakat untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.

    "Kita sendiri boleh lihat pemain muda yang beraksi dalam liga tempatan kurang menyerlah sehingga tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama. Jika ada yang beraksi pun, mereka gagal menyumbat gol untuk pasukan.

"Oleh itu, kemahiran dan pengalaman menjadi sandaran untuk pengendali skuad kebangsaan memilih pemain dan atas dasar inilah, kita saksikan muka sama sahaja yang dipanggil mewakili Harimau Malaya ketika ini," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.

 Semalam, BH Sukan melaporkan pembabitan ramai pemain senior yang berusia lebih 30 tahun dalam skuad Harimau Malaya menimbulkan persepsi betapa pasukan itu dibarisi 'kuda tua' yang seolah-olah menafikan peluang pemain muda.

      Sathianathan berkata, 'perjudian' untuk meletakkan pemain muda yang belum lagi terbukti kemampuan di pentas antarabangsa juga boleh dilihat sebagai satu tindakan yang kurang wajar dan 'membunuh diri.'

      "Cuba bayangkan kita letakkan pemain muda yang tiada pengalaman beraksi untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu pasukan seperti Korea Utara dan Lubnan.

"Jika mereka dibelasah teruk, sudah pasti ini memalukan skuad negara sekali gus menjejaskan keyakinan mereka untuk beraksi pada masa akan datang. Jadi, pengalaman mengatasi segala-galanya memandangkan hanya kuda tua yang kita ada buat masa ini," katanya.

SUMBER-Selanjutnya di : http://ift.tt/2r62BwY


Demikianlah Artikel Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan

Sekianlah artikel Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kita-tiada-pemain-muda-berbakat-b_30.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kita tiada pemain muda berbakat - B Sathianathan"

Catat Ulasan

Loading...