Loading...

Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?

Loading...
Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?
link : Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?

Baca juga


Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?


BUKTI teknikal terbaharu mula mengaitkan Korea Utara dengan serangan siber global WannaCry ‘ransomeware’ ditemui sepasukan penyelidik kawalan siber.

Menurut Symantec dan Kapersky Lab, kumpulan penyelidik menemui beberapa kod versi awal perisian WannaCry dalam program digunakan kumpulan Lazarus yang dikenal pasti sebagai sebuah operasi penggodam Korea Utara.

“Ini petunjuk terbaik yang kami telah lihat setakat ini sama seperti di dalam WannaCry asal,” kata penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner dipetik laporan oleh Reuters.

Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan negara itu dengan serangan berkenaan.

Sejak Jumaat lalu, sebanyak 300,000 komputer di 150 negara telah terjejas akibat serangan siber berkenaan.

Sementara itu, menurut laporan portal mStar, dua buah syarikat di negara ini turut terjejas akibat serangan virus berkenaan.

Menurut syarikat perkhidmatan keselamatan IT LGMS, kes pertama di Malaysia membabitkan seorang pengarah syarikat di mana komputer bimbit pelanggannya diserang virus berkenaan.

Pengasas LGMS C.F. Fong berkata, data dalam komputer riba itu terpaksa dipadamkan kerana individu berkenaan tidak mahu membayar ‘tebusan’ AS$300 (RM1,300).

Ransomware sama muncul dalam komputer di sebuah kedai automotif pada pagi Ahad.

“Syarikat itu tidak mempunyai sebarang fail sokongan dan mungkin akan membayarnya,” kata Fong.

Ransomware katanya, bukanlah sesuatu yang baharu tetapi WannaCry telah menyebabkan kekecohan di seluruh dunia kerana ia merebak dengan pantas. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?

Sekianlah artikel Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/korea-utara-dalang-virus-ransomware.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?"

Catat Ulasan

Loading...