Loading...

KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong

Loading...
KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong
link : KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong

Baca juga


KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong


SEREMBAN: Kementerian Pendidikan memandang serius laporan yang menyatakan sebanyak 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual untuk tempoh tiga tahun sejak 2014 melibatkan kanak-kanak.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon percaya masih ada lagi kes seperti itu yang belum dilaporkan ekoran rasa takut dan malu.

"Laporan seperti ini sangat membimbangkan kita dan kalau kita nak kupas kes seperti ini, saya percaya masih ada lagi yang belum melaporkannya� oleh sebab itulah kita wujudkan mata pelajaran pendidikan seksual di sekolah rendah dan menengah untuk pelajar-pelajar tahu menjaga tubuh badan masing-masing.

"Saya juga meminta ibu bapa supaya lebih peka dengan perubahan anak-anak dan terbuka minda untuk berbincang masalah yang dihadapi anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Hwa di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengetua sekolah berkenaan Foong Lai Woon dan Pengerusi Pengelola Sekolah (LPS) Ng Lip Chong.

Chong berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam bahawa sebanyak 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual yang dilaporkan untuk tempoh tiga tahun sejak 2014 melibatkan kanak-kanak.

Rohani berkata jumlah tersebut merupakan sesuatu yang serius kerana kanak-kanak terbabit akan membesar dengan kesan dalaman yang negatif.

Dalam pada itu, Chong menyelar tanggapan serong sesetengah pihak kononnya mata pelajaran seksual yang diajar di sekolah akan meningkatkan lagi jenayah seksual.

"Daripada kajian yang dibuat, semakin kita kongkong anak-anak ini, semakin mereka mahu nak mencuba� tetapi apabila diajar mata pelajaran ini, tanggapan ia akan mendorong kepada perlakuan jenayah seksual adalah salah sebaliknya mereka ini lebih faham dan tahu menjaga diri masing-masing," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan perpustakaan sekolah itu, Chong menyeru semua ibu bapa terus menyuburkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

"Banyak dalam kalangan mereka yang berjaya di luar sana mempunyai tabiat yang sama iaitu suka membaca. Kita di kementerian mengadakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar membaca buku selain daripada buku teks.

"Bagi masyarakat luar, amalan membaca mereka ialah sekitar 20 buah buku setahun bagi seorang individu dan kita (Malaysia) setakat ini di peringkat 14 buah buku setahun dan ini akan kita perhebatkan lagi kerana budaya membaca ini penting," katanya.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2dfDG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong

Sekianlah artikel KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kpm-pandang-serius-jenayah-seksual_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak - Chong"

Catat Ulasan

Loading...