Judul : Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar
link : Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar
Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar
US Dollar menjunam dalam sesi Asia pada Rabu dengan keadaan politik AS yang semakin huru-hara terhadap jangkaan dasar ekonomi khususnya dasar potongan cukai dan perbelanjaan yang lebih tinggi.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai menurun sebanyak 0.72 peratus kepada 98.10. Dalam sesi ini juga, USD/JPY merosot sebanyak 0.29 peratus, manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.05 peratus kepada 0.7430.
Semalam, US Dollar merosot berbanding matawang utama yang lain pada Selasa selepas muncul kontroversi yang mengatakan bahawa Presiden Donald Trump telah berkongsi maklumat sensitif kerajaan dengan Russia pada mesyuarat yang diadakan minggu lepas.
Trump menolak dakwaan tersebut dan mengatakan di medium Twitter bahawa beliau mempunyai “hak mutlak” untuk berkongsi “fakta” mengenai keganasan dengan Russia.
Sentimen di negara tersebut semakin menjadi tidak menentu selepas tindakan Trump memecat Pengarah FBI, James Comey sekali gus menambah kebimbangan bahawa krisis politik yang sedang berlaku di Washington boleh memberi gangguan kepada pentadbiran Trump dan melambatkan rancangan Presiden tersebut untuk meneruskan agenda ekonominya, termasuk pembaharuan cukai dan pengawalseliaan.
Di tempat lain, data yang bercampur-campur juga memberi kesan kepada dagangan matawang Amerika tersebut selepas data perumahan AS menjunam dan data pengeluaran perindustrian berkembang kepada kadar terpantas dalam tempoh lebih tiga tahun.
Dalam laporan berasingan pada Selasa, Jabatan perdagangan memaklumkan bahawa data perumahan menurun sebanyak 2.6 peratus iaitu paras terendah dalam tempoh lima bulan.
The post Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPjsFx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar
Anda sekarang membaca artikel Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/krisis-politik-di-as-semakin-menambah.html
0 Response to "Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar"
Catat Ulasan