Judul : Kuasa undian peminat
link : Kuasa undian peminat
Kuasa undian peminat
Pengaruh peminat cukup terserlah dalam pertandingan yang memberi kuasa penuh kepada mereka untuk memilih pemenang.
Saban tahun pasti akan timbul pertikaian kemenangan apabila tertanya-tanya apakah sumbangan mereka dalam industri sedangkan bakat mereka tidak seberapa.
Bagaimanapun, umum perlu akur itulah konsepnya dan terima hakikat itu semua pilihan peminat. Tidak perlu terkejut atau marah dengan keputusan Anugerah MeleTop Era yang berlangsung baru-baru ini apabila pelakon Fattah Amin menang besar dengan empat anugerah iaitu Pelakon TV MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki).
Sementara pasangannya dalam Suri Hati Mr Pilot, Neelofa juga menang empat anugerah, Top Top MeleTOP (Wanita), Hos MeleTOP, Drama MeleTOP (Suri Hati Mr Pilot) dan Program MeleTOP – Taste Selebriti (Episod Neelofa).
Anggaplah ia acara hiburan yang memberi peluang kepada peminat mengiktiraf artis kesayangan mereka kerana tanpa peminat siapalah artis.
Minggu depan bakal berlangsung pula Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH3.0) yang juga memberi mandat penuh kepada peminat untuk memilih artis kesayangan mereka baik dalam kalangan penyanyi, pelakon atau pengacara untuk diiktiraf popular.
Dalam majlis pengumuman Top 5 di Galeri Prima, Bangsar, Khamis lalu, penyanyi Alif Satar mendapat lima pencalonan untuk Penyanyi Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana melalui Dia Semanis Honey.
Neelofa juga mendapat lima pencalonan iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Gandingan Serasi Drama bersama Fattah Amin (Suri Hati Mr Pilot), Artis Berpengaruh Di Laman Sosial dan Artis Sensasi.
Fattah pula mendapat tiga pencalonan iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Artis Sensasi serta gandingan bersama Neelofa untuk Gandingan Serasi Drama melalui Suri Hati Mr Pilot.
Tidak perlu terkejut apabila nama Dayang Nurfaizah tiada dalam senarai Penyanyi Wanita Popular sebaliknya kategori itu diwakili Amira Othman, Ayda Jebat, Siti Nordiana, Stacy dan Wany Hasrita.
Begitu juga kehadiran Aiman Tino dan Khai Bahar bersama Faizal Tahir, Alif Satar dan Tomok untuk Penyanyi Lelaki Popular.
Itu semua pilihan peminat dan keputusan siapa yang akan menang nanti, bergantung juga pada peminat. Jangan terkejut jika Aiman Tino yang menang kerana penyanyi Ku Rela Dibenci itu mempunyai ramai peminat dan penyokong.
Tidak perlu dipersoalkan dan dipertikaikan kerana itu pilihan peminat. Mereka suka drama lakonan mereka, peminat akan undi. Begitu juga lagu nyanyian mereka.
Persoalan utama tentunya siapa yang akan dinobatkan Artis Paling Popular? Rasanya kali ini Fattah menjadi saingan kuat buat Neelofa yang menang tahun lalu.
Segalanya di hujung jari peminat mereka dan dalam pertandingan seperti ini, artis juga mempunyai strategi untuk meraih undi kerana gelaran populariti cukup penting buat artis demi kelangsungan kerjaya mereka.
Kini segalanya dinilai dari segi berapa ramai pengikut mereka di media sosial kerana makin ramai pengikut, makin kuat pengaruh mereka dan makin dikejar pihak yang ingin melamar mereka baik sebagai pelakon, pengacara atau duta produk.
Mereka yang berpengaruh besar dalam kalangan peminat juga murah rezekinya apabila dihujani tawaran di sana sini.
Semua ini rezeki mereka dan ia datang daripada Allah bukan mereka yang tetapkan. Apabila dilimpahi rezeki, ia juga satu ujian buat mereka bagaimana menangani rezeki yang diberikan.
Apakah limpahan rezeki itu membuatkan mereka sombong dan lupa diri atau sebaliknya berkongsi rezeki dan kekal dengan sikap merendah diri.
Apapun, kita tunggu acara kemuncak ABPBH3.0 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei ini.
The post Kuasa undian peminat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQJ3uo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kuasa undian peminat
Anda sekarang membaca artikel Kuasa undian peminat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kuasa-undian-peminat.html
0 Response to "Kuasa undian peminat"
Catat Ulasan