Loading...

Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Loading...
Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai
link : Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Baca juga


Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menggerakkan lebih 300 pegawai penguat kuasa dan 112 pegawai pemantau harga bagi memantau Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Gawai 2017.

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata tindakan itu itu bagi memastikan peniaga menjual 13 jenis barangan harga terkawal itu tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

SKHMP Hari Gawai bermula hari ini hingga 2 Jun ini di Sarawak dan 25 Mei hingga 31 Mei sempena Pesta Kaamatan di Sabah.

‘Pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga, yang berpakaian preman, akan bergerak membuat tinjauan di semua premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan,” katanya pada sidang media ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Tahun lepas, katanya, pihaknya mengesan lapan kes peniaga melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain sempena pelaksanaan SKHMP Hari Gawai.

Menurutnya, peniaga individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000.

Katanya, kesalahan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau boleh dikompaun sehingga RM250,000.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda RM10,000 atau dikenakan kompaun RM5,000 manakala bagi syarikat boleh didenda RM20,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Senarai barangan harga terkawal merangkumi ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, kepak ayam, telur ayam gred A, B dan gred C, bawang putih (China), daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak),babi hidup dan kubis bulat import (Indonesia dan China). – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6iqT0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Sekianlah artikel Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/lebih-400-pegawai-pantau-skim-kawalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai"

Catat Ulasan

Loading...