Judul : ‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’
link : ‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’
‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’
KUALA TERENGGANU – Terkejut dikenakan harga makanan yang mahal, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook terhadap sebuah gerai makanan di Kampung Geliga Baru, Chukai, di sini.
Pemilik akaun Facebook Syed Ikram berkongsikan gambar sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang didakwa berharga RM32.
“Macam ni je RM32, belom lagi air, terkejut masa nak bayar. Gerai biasa je kot. Kaya la tauke kedai boleh pergi haji balik hari,” tulisnya pada Ahad lalu.
Malah, turut dikongsinya perbualan bersama pemilik gerai itu yang dikenali sebagai Liza Musid menyatakan harga yang dicaj ke atas sepinggan nasi tersebut adalah munasabah.
Lantas, netizen memberi pelbagai reaksi termasuk mengecam pemilik kedai makan berkenaan yang disifatkan terlalu melampau akibat mengenakan harga makanan tidak masuk akal.
Menyedari isu yang dibangkit lelaki itu menjadi semakin viral, pemilik gerai makanan terbabit bertindak menegur pelanggannya itu sebagai menjelaskan harga bagi setiap satu lauk yang diambil.
“Salam bro, harga udang RM15 seekor, sotong RM7 seketul. Awak ambil dua ketul. Sayur seringgit. Nasi penuh RM2. Harga kan sudah ada dekat senarai tu. Kenapa tak tengok dulu?” soalnya.
Namun pelanggan itu tetap menyatakan bahawa dia tidak sangka gerai sebiasa itu tergamak menggenakan caj pelanggan dengan harga yang agak tinggi.
Pun begitu, pemilik gerai tersebut merasakan tindakan pelanggannya itu sudahpun merosakkan nama gerainya. Lantas meminta lelaki itu untuk mengira sendiri bayaran yang perlu dibayar berdasarkan kos asal barangan basah yang dibeli di pasar.
Bagaimanapun, lelaki itu membalas yang dia juga tahu selok belok pasar kerana dia seorang bapa tunggal dan sering turun ke pasar untuk membeli barangan basah. Tambahnya, inilah pertama kali dalam sejarah hidupnya memakan makanan di gerai tepi jalan semahal ini.
Tidak mahu memanjangkan cerita, pekedai tersebut terus menyatakan ingin mengembalikan semula wang yang dibayar oleh lelaki itu namun lelaki itu tetap tidak mahu menerimanya.
“Tidak perlu kembalikan duit saya, saya bayar pun apa yang telah awak berikan harga pada saya. Cuma saya harap berniagalah dengan ikhlas, supaya kita bertahan dalam perniagaan,” balasnya.
Rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan apa yang ditularkan Syed Ikram dan berpendapat pekedai tersebut tidak patut meletakkan harga yang sedemikian kepada pelanggan. -MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUdwKK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’
Anda sekarang membaca artikel ‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/macam-ini-saja-rm32-belum-air-lagi-boh.html
0 Response to "‘Macam Ini Saja RM32, Belum Air Lagi Boh’"
Catat Ulasan