Loading...

Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah

Loading...
Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah
link : Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah

Baca juga


Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah

KOTA KINABALU – Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum berharap sistem mahkamah anak negeri di kedua-dua negeri berkenaan akan diberi kedudukan yang sama dengan mahkamah sivil dan syariah.

Beliau berkata ini akan meningkatkan standard sistem kehakiman dalam menangani isu-isu berkaitan adat resam penduduk peribumi.

“Undang-undang anak negeri perlu diuruskan di mahkamah anak negeri, bukan di mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

“Anak-anak negeri lebih mengetahui adat resam mereka, dan lebih mengetahui mengenai tanah adat mereka daripada orang luar,” katanya ketika ditemui pemberita pada seminar ‘Justice and Rights – The Way Forward’, di sini hari ini.

Malanjum berharap dengan meletakkan sistem mahkamah anak negeri selari dengan sistem mahkamah lain di negara ini boleh memberikan mahkamah anak negeri kebebasan yang sepatutnya apabila mendengar perbicaraan kes.

“Pada masa ini, mahkamah anak negeri dipantau oleh menteri bertanggungjawab. Ini tidak sepatutnya,” kata beliau.

Beliau berkata terdapat usaha untuk meningkatkan kedudukan mahkamah anak negeri dengan kertas kerja sedang digubal oleh Pejabat Peguam Negara dan berharap perkara itu menjadi kenyataan di bawah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Malanjum juga berharap Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) akan terdiri daripada anggota bukan Islam kerana kebanyakan anak negeri di Sabah bukan beragama Islam dan bergantung kepada adat resam sebagai cara hidup mereka.

Dalam pada itu, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail percaya Pejabat Peguam Negara masih berusaha ke arah itu, namun ia memerlukan sedikit masa..

Beliau menjelaskan bahawa walaupun sistem mahkamah anak negeri sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, masih terdapat kekurangan dalam struktur mahkamah berkenaan berbanding mahkamah sivil dan syariah, menyebabkan terdapat keperluan untuk mengukuhkan sistem mahkamah anak negeri.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Teknikal Persekutuan Mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, berkata memperkasa mahkamah anak negeri adalah sesuatu yang diperjuangkan jawatankuasa tersebut.

“Isu memperkasa sistem mahkamah anak negeri adalah bagi meningkatkan tahap kedudukannya dan sistem kehakiman keseluruhan supaya mahkamah anak negeri dan keputusan yang dibuat boleh diiktiraf di peringkat lebih tinggi.

“Itu sebabnya kenapa perlu menubuhkan mahkamah lebih tinggi seperti mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan di mahkamah anak negeri setara dengan mahkamah sivil dan syariah,” katanya.

Ongkili berkata jawatankuasa berkenaan akan melihat perkara itu dalam usaha meningkatkan standard mahkamah anak negeri. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reBaBS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah

Sekianlah artikel Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mahkamah-anak-negeri-setaraf-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Anak Negeri Setaraf Dengan Mahkamah Sivil, Syariah"

Catat Ulasan

Loading...