Loading...
Judul : Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang
link : Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang
Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang
KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan semula Tasik Gambang yang terbiar untuk menjadi satu pusat rekreasi baharu di Kuantan.
Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh berkata, rancangan pembangunan Tasik Gambang dijalankan selepas melihat potensi besar lokasi itu yang mampu menarik pengunjung untuk beriadah.
Menurutnya, tasik berkenaan mempunyai air yang cantik dan kawasannya sesuai untuk menjadi sebuah kawasan rekreasi.
“Justeru, MPK memohon peruntukkan RM1.8 juta daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menaik taraf kawasan tasik dengan trek joging, landskap dan kemudahan lain yang diperlukan.
“Kita juga akan merancang lebih banyak aktiviti di sini supaya suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran pengunjung,” katanya pada Program Penanaman Pokok dan Gotong –Royong Membersihkan Tasik Gambang, hari ini.
Hadir merasmikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail.
Fadzilla berkata, selain kemudahan di tasik itu, MPK juga akan melihat aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian seperti pagar pengadang berdekatan tasik.
Katanya, Tasik Gambang akan menjadi aset baharu yang boleh menjadi mercu tanda apabila pengunjung ke Kuantan.
Sementara itu, Abdul Manan berkata, usaha MPK itu amat baik memandangkan tasik berkenaan sudah terbiar begitu lama.
Beliau berkata, kawasan Gambang mempunyai potensi untuk menjadi Pekan Baharu namun memerlukan pembangunan berterusan daripada MPK dan pihak bertanggungjawab.
“Naik taraf Tasik Gambang ini adalah satu permulaan untuk melihat Gambang membangun seiring peredaran semasa.
“Peruntukkan RM300,000 akan diberikan bagi membantu usaha MPK menambah baik Tasik Gambang menjadi pusat rekreasi,”katanya.
Abdul Manan juga berharap kawasan itu diuruskan dengan baik selepas ini agar keadaannya terjaga.
Pada program itu, Abdul Manan melakukan gimik menanam pokok Golden Penda di kawasan tasik berkenaan. #sumber
Demikianlah Artikel Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang
Sekianlah artikel Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/majlis-perbandaran-kuantan-akan.html
0 Response to "Majlis Perbandaran Kuantan Akan "Membangunkan Semula" Tasik Gambang"
Catat Ulasan