Loading...
Judul : Malaysia buru jaringan besar
link : Malaysia buru jaringan besar
Malaysia buru jaringan besar
RKIB : 08/12/2004
Oleh Sayed Hesham Idris
BERTALAN Bicskei (kiri) memperkatakan sesuatu ketika bertemu jurulatih Timor Leste, Jose Luis pada sidang akhbar jurulatih pasukan yang beraksi dalam kejohanan Piala Tiger 2004, di Petaling Jaya semalam.
TANPA kelibat dua penyerang utama, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Indra Putra Mahayuddin, Malaysia bukan sahaja bertekad menang ke atas muka baru, Timor Leste dalam perlawanan bola sepak Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini malah mahu memburu jaringan gol yang besar.
Ini kerana jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei sedar jaringan yang besar bakal memberi kelebihan bagi skuad kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan pilihan Kumpulan B, Thailand dan Myanmar.
Jurulatih dari Hungary itu yakin anak buahnya mampu menewaskan Timor Leste sambil mengharap pemain berupaya mencipta banyak jaringan.
``Kita perlu mengatasi Timor Leste malam esok (hari ini) untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir.
``Begitupun pemain perlu berwaspada terhadap Timor Leste kerana tidak banyak maklumat tentang kekuatan pasukan ini.
``Walaupun pasukan baru, saya tidak memandang ringan keupayaan mereka apatah lagi Timor Leste memiliki tiga pemain yang beraksi dalam Liga Portugal dan Australia,'' katanya pada sidang akhbar jurulatih-jurulatih pasukan yang beraksi dalam kumpulan B Piala Tiger 2004 di Petaling Jaya semalam.
Selain Timor Leste, Malaysia juga akan berdepan Filipina, Myanmar dan perlawanan terakhir bertemu pasukan pilihan, Thailand dalam ``Kami tetap berazam memberikan tentangan terhadap tuan rumah walaupun rata-rata pemain kami masih muda dan kurang pengalaman antarabangsa.
``Timor Leste mempunyai pemain berbakat cuma memerlukan masa untuk setanding dengan pasukan lain di Asia Tenggara,'' kata jurulatih dari Portugal yang mengambil alih tugas jurulatih tempatan, Joao Paulo awal November lalu.
Luis menamakan tiga pemain muda pasukan itu yang dijangka menyerlah malam ini iaitu pemain tengah, Felicio Margarido Guterres yang mewakili kelab Palmonstam Lafaek Darwin dan penyerang Geovani Manuel Babo dengan kelab Endevohill United Darwin, Australia.
Seorang lagi pemain pertahanan, Alfredo Manuel Mousinho Esteves pula mewakili kelab Oliveira do Bairo Sport Club di Portugal.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2pB3Bsg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Malaysia buru jaringan besar
Sekianlah artikel Malaysia buru jaringan besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia buru jaringan besar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/malaysia-buru-jaringan-besar.html
0 Response to "Malaysia buru jaringan besar"
Catat Ulasan