Loading...

Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib

Loading...
Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib
link : Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib

Baca juga


Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib



KUALA SELANGOR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah berbincang dengan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini, supaya Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meyakinkan negara-negara berkenaan bahawa dakwaan negatif terhadap minyak sawit adalah tidak berasas sama sekali.

"Kita mesti beritahu mereka (negara-negara yang memboikot minyak sawit), Malaysia dan Indonesia bukan negara yang tidak ada kemampuan, kita juga beli banyak produk daripada negara mereka.

"...dan siapa yang memboikot minyak sawit mungkin akan berdepan tindakan balas dari Malaysia dan Indonesia," tegasnya ketika berucap merasmikan Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram di Bestari Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Sime Darby Bhd Tan Sri Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib turut menggariskan lima anjakan transformasi yang perlu dilakukan bagi memastikan masa depan industri sawit menjadi lebih cemerlang untuk tempoh 100 tahun akan datang, antaranya memperkenalkan Skim Pensijilan Mampan Malaysia (MSPO).

"Pada hari ini, industri sawit negara berdepan dengan pelbagai cabaran, tuduhan dan persepsi negatif oleh beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan kononnya pembangunan tanaman sawit tidak mampan, mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan penebangan hutan berlaku di negara kita.

"Justeru, bagi menangani permasalahan ini khususnya tuduhan terhadap isu kemampanan, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan MSPO yang akan dilaksana secara mandatori mulai 31 Dis 2019. Ini juga akan menjaga kepentingan industri sawit dan eksport kita ke negara-negara maju," katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata pelaburan juga perlu dilakukan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan dalam menyokong pengembangan industri sawit; memberi fokus dan memperkukuh pembangunan modal insan; menyasarkan lebih ramai golongan profesional menceburi bidang sawit dan penyediaan dana untuk Skim Tanam Semula dan Tanam Baharu Sawit.

"Maka di hadapan lebih 5,000 hadirin petang ini, saya sukacitanya mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM510 juta untuk Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan Tanam Baharu Sawit Pekebun Kecil untuk tempoh tiga tahun akan datang. Bagi 2017, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM130 juta yang dipohon Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi," katanya.

Pada majlis yang sama, perdana menteri turut menerima Anugerah Tokoh Pembangunan Industri Sawit Negara bagi pihak bapanya, Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Anugerah itu diberikan kepada Abdul Razak atas jasa serta sumbangan besarnya membangunkan sektor itu sekali gus mengubah landskap ekonomi serta sosial masyarakat di negara ini.

Penganugerahan terhadap Abdul Razak juga atas keberhasilan Allahyarham menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang merupakan komponen utama dalam usaha mempercepatkan pembangunan dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar.

Pada masa sama, Najib turut menyampaikan empat anugerah iaitu Anugerah Khas Pekebun Kecil, Anugerah Khas Skim Rancangan Sawit Kerajaan Pertama, Anugerah Ladang Sawit Komersial Pertama dan Anugerah Pengasas Industri Sawit kepada Pengasas Ladang Sawit Pertama di Malaysia, mendiang Henri Fauconnier yang diterima oleh cicitnya, Jeremie Fontaine.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Tennamaram dan sebuah dewan.

Tennamaram merupakan ladang komersial tanaman kelapa sawit pertama di Malaysia yang dibuka oleh Fauconnier pada 1917. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ry8jWW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib

Sekianlah artikel Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/malaysia-dan-indonesia-akan-bertindak_19.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia Dan Indonesia Akan Bertindak Balas Terhadap EU - PM Najib"

Catat Ulasan

Loading...