Judul : Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman
link : Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman
Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman
KUALA LUMPUR – Biarpun skuad badminton negara telah mara ke suku akhir Kejohanan Piala Sudirman namun harapan untuk muncul juara kumpulan C tidak kesampaian apabila kalah 2-3 kepada Jepun pada perlawanan terakhir kumpulan di Gold Coast, Australia.
Jepun dan Malaysia masing-masing berada dalam kedudukan dua pasukan terbaik selepas Jerman kalah dalam dua perlawanan berturut-turut.
Pada perlawanan hari ini, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan dan menyumbangkan mata pertama kepada pasukan selepas menundukkan Yu Igarashi 21-8 dan 21-5 bagi acara perseorangan lelaki.
Sebelum itu beregu lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong gagal menyumbang mata pertama walaupun mendahului set pertama 21-18 namun kalah dalam dua set seterusnya, 17-21 dan 16-21 kemudian Malaysia terus ketinggalan 1-2 ekoran kekalahan Goh Jin Wei 6-21 dan 17-21 ketika menentang Akane Yamaguchi bagi acara perseorangan wanita.
Selepas itu, beregu wanita gandingan Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean turut gagal mengikut jejak Chong Wei untuk menyamakan kedudukan selepas tewas menentang Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi, 17-21 dan 18-21.
Walaupun Malaysia sudah ketinggalan 1-3, beregu campuran negara, Tan Kia Meng/Lai Pei Jing berhasil menambah mata kedua buat pasukan dalam perlawanan sengit menundukkan pasangan Yuta Watanabe/Arisa Higashino dengan 21-16, 16-21, 21-19. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbJt1N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/malaysia-layak-ke-suku-akhir-piala.html
0 Response to "Malaysia Layak Ke Suku Akhir Piala Sudirman"
Catat Ulasan