Loading...

Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Loading...
Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih
link : Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Baca juga


Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

“TERIMA kasih kerana sudi bantu saya biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa,” kata Faizal Hasbullah Alimin, 20, berhubung kisahnya dibantu wanita selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Ahad lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Faizal patah tangan kanan manakala hampir seluruh badan belakangnya luka.

Baca artikel sebelum: Doktor cun tolong mat rempit jadi kecoh di media sosial

Faizal berkata, dia ketika itu dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Bentong, bersama abang saudaranya, Muhammad Aizuddin Mohd Sharif, 21, yang menunggang motosikal lain.

Menurutnya, sebaik tiba di laluan berhampiran Genting Sempah, Kawasaki RR150 ditunggangnya tiba-tiba mengalami kerosakan.

“Saya terjatuh di tengah jalan manakala motosikal saya terbabas ke pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, akibat itu, tulang tangan kanannya terkeluar dari posisi asal manakala hampir seluruh badan dan kaki luka akibat bergesel di atas jalan raya.

“Namun dalam saya menahan sakit, saya ternampak dua kenderaan berhenti di tepi jalan bagi membantu saya. Seorang daripadanya terus mengawal lalu lintas manakala dua lagi membantu menguruskan kecederaan pada tangan saya. Ada dua wanita berbangsa Cina ketika itu dan seorang daripadanya berkemungkinan doktor.

“Dia pada awalnya memeriksa pernafasan dan nadi saya menggunakan alatan perubatan yang dibawanya. Selepasa itu dia kemudian membetulkan posisi tangan saya yang cedera.

“Selain itu wanita terbabit juga meminta abang saudara mencari manisan supaya saya tidak lemah akibat kekurangan gula dalam badan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Faizal, selepas hampir 15 minit menahan sakit, dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Alhamdulillah saya selamat tiba di hospital. Malah saya kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) keesokan harinya,” katanya.

Faizal berkata, biarpun kejadian terbabit sudah berlalu hampir empat hari, namun hatinya masih tersentuh dengan keprihatinan wanita terbabit.

“Selalunya penunggang motosikal ini orang akan anggap ‘mat rempit’, namun bila saya melihat kesungguhan wanita terbabit, saya tidak nampak pandangan prejudis itu.

“Kalau boleh saya mahu jumpa doktor terbabit dan ucap terima kasih kepadanya,” katanya.

Gambar Faizal dibantu wanita terbabit menjadi tular selepas Muhammad Aizuddin memuat naik gambar terbabit di Facebook (FB), Isnin lalu.

Gambar terbabit menerima 4,000 ‘likes’ dan hampir 700 perkongsian oleh pengguna FB.

Malah kebanyakan pengguna FB memuji tindakan wanita terbabit yang membantu Faizal biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa.

Sumber: Harian Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPuutf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Sekianlah artikel Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mat-rempit-ditolong-doktor-cun-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih"

Catat Ulasan

Loading...