Loading...

Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?

Loading...
Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?
link : Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?

Baca juga


Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?


MUNGKIN akan ada ketawa terbahak-bahak, namun itulah realiti politik pembangkang Pakatan Harapan (PH) apabila masing-masing ‘galak’ mahu berebut menjadi perdana menteri yang baharu.

Sebelum ini, PPBM amat ghairah menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR pula bertegas mahukan pemimpinnya yang kini dalam penjara kerana kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik ke jawatan itu.

Terbaharu, PAN yang kalah teruk dalam pilihan raya Sarawak selain dua pilihan raya kecil pada tahun lalu, juga tidak ketinggalan dengan mengisytiharkan presidennya, Mohamad Sabu sebagai bakal perdana menteri ketujuh.

Lebih mesra disebut Mat Sabu, nama bekas timbalan presiden PAS itu pula dicadangkan oleh Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub sendiri sekali gus menolak Anwar apatah lagi Muhyiddin sebagai pemimpin pilihan blok PH.

Portal berita tempatan AgendaDaily melaporkan, antara sebab Mat Sabu layak disenaraikan menurut Salahudin, ialah kerana Anwar sepatutnya hanya sesuai menjadi calon perdana menteri yang kelapan dan bukannya ketujuh.

PKR sebelum ini beria-ia dengan tegas mendakwa Anwar merupakan calon perdana menteri yang ketujuh jika PH berjaya menawan negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun ujar Salahudin, PH perlu memilih calon ketua kerajaan persekutuan dalam kalangan pimpinan yang sedia ada menjelang PRU ke-14 sebelum Anwar berjaya dibebaskan daripada hukuman penjara di Sungai Buloh.

“Perdana Menteri yang ketujuh ini akan bertanggung jawab membentuk Kabinet baharu, melakukan reformasi urus tadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Salahudin, adakala pemimpin perlu berani tongkah arus untuk buat keputusan dan “berani depani cemuhan ahli, ambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat. Jadilah kita pemimpin sejati yang rakyat dambakan.”

Justeru menurut beliau lagi, calon perdana menteri yang ketujuh boleh dilantik sama ada pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Muhyiddin dan bos PAN sendiri.

Apa yang penting, mereka teguh dengan sifat amanah dan pro kepada rakyat, katanya. “Inilah masanya rakyat mahu melihat kebijaksanaan pimpinan utama Pakatan tampil bagi menyelesaikan setiap permasalahan negara dan rakyat.

“Duduklah berunding demi kepentingan rakyat dan kemudian barulah berlunjur untuk berkhidmat mereformasi negara,” ujar Salahuddin sempat menyindir PKR dengan berkata, memang mudah berpidato mengajak orang lain.

Konon pemimpin PKR diminta agar jangan berjuang demi kepentingan peribadi atau parti sendiri dan menambah: “Bukan semua pemimpin lulus ujian ini seperti Nelson Mandela, Khomeini, Mahatma Gandhi dan Ghanoeshi.

“Mereka telah berjaya membuktikan adalah pemimpin berkelas dunia yang meletakkan kepentingan rakyat dan negara sendiri adalah prinsip utama dalam perjuangan politik mereka,” kata Salahudin.

Bagaimanapun, ia bukan satu keputusan muktamad walaupun usaha menjadikan Anwar sebagai perdana menteri sudah secara dasarnya dipersetujui oleh pakatan pembangkang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfjG4R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?

Sekianlah artikel Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/mat-sabu-bakal-pm-jika-pakatan-menang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu Bakal PM Jika Pakatan Menang PRU-14?"

Catat Ulasan

Loading...