Judul : Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat
link : Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat
Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat
Meskipun masih baru industri seni suara tanahair namun penyanyi Redza Hamid, Alif Redza dan Azarraband beruntung kerana diberi peluang terbabit dalam program Karnival Inisiatif Peduli Rakyat yang berlangsung di sebuah pasaraya di Kota Damansara, baru-baru ini.
Sebagai pendatang baru, peluang keemasan ini sememangnya dipergunakan sebaik mungkin oleh mereka bagi memperkenalkan nama dan lagu masing-masing kepada peminat yang hadir.
Tidak bersandarkan pada persembahan semata-mata, mereka juga perlu bijak berkomunikasi dengan anggota masyarakat daripada pelbagai kelompok yang ternyata memberikan respon yang positif.
Biarpun hanya satu lagu, tampil dalam program ini amat bernilai sebagai tanda pengenalan mereka buat peminat. Apatah lagi dunia nyanyian tanahair sememangnya sengit dengan kemunculan ramai artis dengan pelbagai genre.
Redza menyampaikan lagunya berjudul Ku Pergi, Alif pula mendendangkan lagu Pedulikan Aku, manakala Azarraband dengan lagu Berjuta Maafmu. Mereka masing-masing menonjolkan kemantapan nyanyian sekaligus menghiburkan semua yang hadir.
Redza mengakui seronok terbabit dalam program ini kerana dapat mempromosikan dirinya kepada masyarakat.
..
“Tak dinafikan banyak bakat baru muncul sekarang sehingga menjadikan peminat keliru siapa mereka. Malah ada juga fenomena lagu popular di radio tapi peminat kurang kenal penyanyinya kerana tak banyak pendedahan diberikan.
“Sebagai orang baru, ini platform terbaik buat saya mendekati peminat. Mereka nampak terhibur dengan lagu yang dibawakan. Sambutan baik ini menyemarakan semangat saya untuk terus mencapai cita-cita bergelar artis popular,” katanya yang berharap agar program ini diteruskan lagi.
Alif, anak didik Azlan & The Typewriter bersyukur kerana sudah beberapa kali terbabit dengan program sebegini dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.
“Boleh inilah medan promosi saya untuk bertemu peminat buat masa ini. Alhamdulillah peminat nampaknya sudah kenal siapa Alif. Malah ada sebahagian daripada peminat sudah dapat menghafal lirik lagu saya dan turut sama menyanyikannya.
“Ini satu petanda positif dalam karier saya yang kini sedang meningkat naik. Diharapkan masyarakat dapat terima kehadiran saya dalam bidang seni tempatan,” katanya.
Azarraband pula menganggap terbabit dalam program ini sebagai pengalaman yang sangat berguna untuk karier mereka.
Melihatkan pengunjung yang hadir daripada pelbagai golongan, kami perlu pandai berceloteh bagi memenuhi citarasa mereka. Bimbang juga kalau-kalau tersilap cakap kerana boleh menjejaskan nama kami nanti.
“Program ini juga sebuah program yang baik kerana selain menikmati persembahan yang disajikan, pengunjung juga dapat pelbagai informasi daripada pelbagai agensi kerajaan yang membuka kaunter,” kata mereka.
Sementara itu, Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam Media dan CSR, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad selaku penganjur berkata, progam ini berjiwa murni kerana bermatlamat membantu mereka yang memerlukan.
“Artis sememangnya memainkan peranan besar bagi menyampaikan informasi kepada masyarakat. Mereka dapat menjadi tarikan kepada masyarakat untuk hadir ke program ini.
“Secara tak langsung, selain berhibur mereka dapat mengetahui pelbagai info yang disediakan pada program yang diadakan,” katanya.
The post Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPrjDf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat
Anda sekarang membaca artikel Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/medan-promosi-diri-dekati-masyarakat.html
0 Response to "Medan Promosi Diri, Dekati Masyarakat"
Catat Ulasan